Be-You-Ty

Perhatian! Ini tips mudah untuk menguruskan rambut yang kusut

Oleh  | 

RAMBUT sememangnya mahkota untuk kaum perempuan. Sebab itu rambut perlu diurus rapi dan dirawat selalu supaya sentiasa kelihatan segar dan sihat.

Namun, banyak faktor apabila rambut kita dah mula kusut dan gugur. Cara penjagaan yang tidak betul dan menggunakan produk yang salah menjadi punca kenapa rambut kita semakin kusut.

So untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan, Dhia nak kongsi degan korang tips untuk menjaga rambut yang kusut. Ready?

Hujung rambut bercabang boleh menjadi punca rambut korang semakin kusut. Oleh sebab tu, korang perlu trim hujung rambut korang supaya rambut korang akan mudah diurus.

FOTO: Youtube

Ini perkara yang dikira wajib juga untuk mengekalkan rambut yang sihat. Gunakan conditioner setiap kali selepas shampoo rambut. Conditioner dapat mengekalkan kelembapan rambut dan membuat rambut kita menjadi lembut.

FOTO: rd.com

Kurangkan penggunaan produk rambut yang mengandungi alkohol. Biasanya hairspray dan hair perfume akan mengandungi alkohol dan ini menjadi punca rambut korang kusut dan rosak. So, kurang-kurangkan lah guna dua produk ini ye.

FOTO: Mane Addicts

Jika korang memiliki rambut yang kusut, sikat yang bergigi jarang lebih sesuai untuk menyisir rambut korang. Ini kerana dengan menggunakan  sikat bergigi jarang, korang akan lebih mudah untuk memisahkan helaian rambut yang kusut tu.

FOTO: BeJelita.com

Jangan ikat rambut semasa tidur. Posisi kepala korang semasa tidur akan membuatkan rambut korang bertambah kusut. Lagi satu, kalau korang ikat rambut semalaman sambil tidur, ia akan mudah menjadikan rambut korang curly secara kekal.

FOTO: SafeBee

Pilih syampu yang sesuai kerana syampu memberi peranan yang besar juga untuk memastikan rambut kita menjadi sihat. Kalau rambut korang sejenis kering dan kusut, seeloknya pilih syampu yang berlabel hydrating atau mosturizer supaya rambut korang akan kurang kusut. Make sure lepas guna syampu baru apply conditioner ye.

Untuk korang yang memiliki rambut kusut dan terurus tu, selamat mencuba tips yang Dhia sediakan ni ye. Good luck!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my