D-Life

‘Period’? Ini ‘suggestion’ Dai’e Wan nak tambah pahala waktu Ramadan

Oleh  | 

Memang sayang kalau kita mensiakan peluang nak kumpul pahala di bulan yang mulia ini. Mana tidaknya, setiap amal dan kebaikan kita akan digandakan sebanyak 70 kali lipat berbanding bulan-bulan yang lain.

Maka, berpusu-pusulah orang mengisi masa mereka dengan bersedekah, pergi masjid, atau mengaji al-Quran. Tapi, benda ini akan tertangguh kalau tiba musim datang bulan.

Dah jangan sedih-sedih, walaupun kita tak dapat buat ibadah wajib macam orang lain. Tapi Dai’e Wan Dazrin ada beberapa cadangan supaya kita masih boleh kejar pahala macam orang lain. Jom kita try!

via GIPHY

Dengar ceramah di beranda masjid

Walaupun kita tak boleh masuk masjid. Tapi kita masih boleh dengar ceramah yang diberikan ustaz atau penceramah dari beranda masjid. Lagi pula majoriti masjid dekat Malaysia ini dah ada pembesar suara yang boleh buat kita dengar ceramah dengan jelas walaupun dari jarak yang jauh.

via GIPHY

Tolong rewang dan sediakan juadah moreh

Walaupun kita tak boleh nak bertarawih sama dengan jemaah dekat surau. Kita masih boleh tolong makcik dan pakcik dekat surau sediakan juadah moreh. Selain itu kita boleh bantu mereka cuci cawan dan pinggan dekat surau, kan?

Dengar MP3 Quran

Walaupun kita tak boleh baca Quran. Tapi kita masih boleh dengar orang baca Quran. Buka saja mana-mana aplikasi. Youtube, Spotify atau Joox semuanya sudah ada rakaman orang baca Quran.

Baca sirah nabi

Korang boleh juga tambah pahala dengan menambah kecintaan kepada Nabi. Beli lah buku atau dengar sahaja tazkirah dekat Youtube. Sekarang ni dah banyak tazkirah daripada penceramah yang best dimuat naik dekat Youtube.

via GIPHY

Baca buku agama

Boleh juga tambah kefahaman agama dengan membaca buku agama atau bertanya tentang hukum agama dengan para ustazah. Sekarang pula zaman online, korang boleh terus dapatkan jawapan dengan tweet, komen atau DM di Instagram secara terbuka mahupun private kepada Ustaz berkenaan. Dunia dah maju kan!

via GIPHY

Orait, itu adalah antara perkara yang korang boleh buat nak tambah pahala di bulan yang mulia ini. Kalau korang ada cadangan lagi tentang perkara yang boleh dibuat, roger kitorang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my