Inspirasi Dhia

Perkenal tudung steril pakai buang pertama, anak Malaysia ini bikin semua bangga!

Oleh  | 

SATU demi satu kejayaan para gadis kita bersinar di mata dunia. Terbaru, seorang doktor warganegara Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom telah mencipta sejarah apabila memperkenalkan tudung steril pakai buang pertama bagi digunakan di dewan bedah.

Ceritanya bermula ketika Farah Roslan menjalani latihan di Royal Derby Hospital. Dia risau sekiranya terdapat jangkitan kuman kerana menggenakan tudung yang sama sepanjang bertugas.

FOTO: BBC

Bukan itu sahaja, dia pernah diminta keluar dari dewan bedah secara terhormat sebelum prosedur pembedahan dilakukan kerana risau hijab yang digunakan seharian tidak bersih.

Tidak mahu menjadikan hijab sebagai halangan untuk menjalankan pembedahan. Dia sendiri mengeluarkan idea rekaan hijab pakai buang dengan fabrik yang selesa bagi digunakan sepanjang pembedahan ketika dia masih lagi pelajar perubatan di University Hospitals of Derby.

FOTO: BBC

Mentor kepada Farah iaitu Gill Tierney mengakui bahawa inilah kali pertama idea tudung sebegini diutarakan.

“Isu macam ini memang tak ramai yang nak perkatakan. Lagipun tudung yang dihasilkan tak guna kos yang banyak pun,”

Tudung tersebut akan digunakan pada awal Disember ini. Wah hebatnya. Ini yang dikatakan setiap cabaran dijadikan peluang. Tahniah!

Sumber: BBC

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my