Dhia Glam

Perkenalkan, Ekaterina Lisina model tertinggi dunia

Oleh  | 

BAYANGKAN korang berdiri di sebelah gadis dengan tinggi 2 meter, kira-kira 205,16 sentimeter. Itulah ketinggian model yang berasal dari Rusia bernama Ekaterina Lisina.

Dia pernah tercatat dalam buku Guinness World Records sebagai model profesional tertinggi di dunia. Baru-baru ini Lisina tampil menjadi tetamu di episod pertama siri televisyen bertajuk La Notte dei Record di Ilati.

FOTO: Guinness World Records

Dalam program itu, Lisina dilihat tampil memperagakan gaun jinni berwarna krim dengan corak berwarna hitam. Lebih menarik lagi, gaun itu dilengkapi dengan sayap berwarna emas.

Untuk mengukur ketinggian Lisina, seorang daripada mereka harus menggunakan kerusi untuk menyamai ketinggian model itu.

Lisina mempunyai kaki sepanjang 132 sentimeter. Ia telah membuatkan Lisina dinobatkan sebagai wanita yang mempunyai kaki terpanjang di dunia sejak tahun 2017 yang lalu.

Ketinggian ini telah diukur secara profesional bermula dari bahagian tumit hingga bahagian pinggul Lisina.

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my