DhiaLova

Perlu tahu perkara-perkara ini sebelum menjalinkan hubungan yang serius!

Oleh  | 

APA erti sebuah perhubungan jika kita merasa lebih banyak sakit berbanding bahagia? Apa yang lebih menyakitkan kenapa kebanyakan kita lebih memilih untuk bertahan daripada melepaskan sesebuah hubungan?

Wanita sememangnya dilahirkan memiliki hati yang lembut. Pada pandangan Dhia kebanyakan wanita memiliki hati yang cukup besar. Jika tidak, bagaimana mereka mampu menampung rasa sakit hati yang kerap daripada apa yang dilakukan oleh pasangan mereka?

Pepatah Melayu ada menyebut buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pepatah ini boleh saya kaitkan dengan situasi yang sering dialami oleh wanita di dalam percintaan mereka. Walaupun pasangan mereka sering menyakiti hati mereka dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dalam perhubungan, mereka masih mampu memaafkan dan memberi peluang berkali-kali. Keputusannya, situasi akan kekal sama. Lelaki akan terus menyakiti dan wanita pula akan terus memaafkan.

Untuk sebuah perhubungan yang sihat dan matang, kita dan pasangan perlu tahu apa yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan hubungan kekal lancar dan telus. Pertama sekali, kita perlu tahu objektif utama kita bercinta. Kalau sekadar untuk melepaskan rasa sunyi, rasanya banyak lagi perkara lain yang boleh kita lakukan. Kalau kita bercinta untuk mencipta sebuah perhubungan ke jinjang pelamin, kita perlu tahu rules and regulation bila bercinta.

Image result for love rosie

Kepercayaan menjadi tunjang utama dalam sebuah perhubungan. Sekiranya kita tidak meletakkan rasa percaya dan sering rasa ragu-ragu, bagaimana sebuah perhubungan yang baik dapat dibina? Untuk sebelah pihak pula, sekiranya pasangan kita telah memberi kepercayaan sepenuhnya, jangan pula kita ambil kesempatan atas kebaikan mereka. Ini bukan tiket untuk kita mengambil kesempatan. Kepercayaan orang kepada kita perlu dijaga betul tak? Bila difikirkan semula siapa je yang suka bila dikhianati. Jika kita tak mahu perkara ini terjadi kepada kita, kita pun perlu cuba elak daripada melakukan perkara ini kepada orang lain.

Image result for love rosie

Selain daripada kepercayaan, tanya pada diri korang dahulu perkara ini sebelum meneruskan hubungan. Mampu ke korang menerima masa lalu dan baik buruk pasangan korang tu? Siapa je yang suka masa silamnya diungkit lebih-lebih lagi hal itu dijadikan point sekiranya berlaku pertengkaran.

Jika kita rasa berat hati untuk menerima masa lalu pasangan kita dan berasa bimbang akan mengungkit pada masa akan datang, lebih baik jangan teruskan hubungan itu. Sebuah perhubungan yang dijalinkan bukan untuk menyakiti dan disakiti. Atau lebih baik, jangan pernah bertanya tentang masa lalu pasangan kita. Semua orang melakukan kesilapan termasuk diri kita sendiri. Siapa lah kita hendak menghukum orang lain kan.

Image result for love rosie

Sebaiknya fikir masak-masak dahulu sebelum membuat keputusan. Sebuah perhubungan yang dibina bukan untuk sementara. Lebih-lebih lagi umur kita makin lama makin meningkat. Rasanya zaman untuk playing around tu dah tamat kot. Apa yang penting pastikan diri kita sentiasa bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku dalam perhubungan kita.

Teringat masa muda-muda dulu pernah terbaca quotes dalam novel Melayu,

“Jika mencintai seseorang, jangan cinta sepenuhnya, tinggalkan sedikit ruang untuk melepaskan rasa kecewa,”

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my