Serious?!

Pernah tak korang terpikir apa jadi kalau lelaki period?

Oleh  | 

BENDA-benda tentang period ni selalu menjadi cerita belakang tabir gadis-gadis. Jarang tau nak cerita benda ini secara terbuka. Sebab itulah lelaki tak tahu nak react macam mana bila adik perempuan atau girlfriend mereka jadi moody waktu period.

Pernah tak korang terfikir, apa pula jadi kalau dunia ini terbalik. Tiba-tiba korang bangun di suatu hari dan menyedari period hanya akan berlaku kepada kaum lelaki. Ha, menarik kan? Ini adalah antara senario yang akan berlaku sekiranya lelaki mengalami period!

BACA: Sebelum pad dicipta, perempuan pakai apa waktu period?

via GIPHY

Bila terjadi sesuatu yang membuat lelaki marah atau mengamuk. Mesti orang akan tanya “Kau period ke hari ini?” Tapi soalan ini hanya akan dibualkan oleh kaum lelaki sahaja. Pelik kan? Tapi menarik juga, hiks!

Selain itu, mesti kita akan nampak banyak iklan dekat televisyen atau billboard memaparkan model lelaki yang menjual pad khas untuk kaum mereka. Bayangkan gambar lelaki gagah memegang pad period. Wow!

via GIPHY

Bila lelaki mengalami period, mesti isu tentang datang bulan ni akan dibincangkan secara terbuka macam dekat dalam radio, televisyen, rumah mak cik bawang dan bila acara berkumpulan tanpa rasa malu.

Lepas tu kita akan dapat dengar lelaki berborak sesama lelaki macam ni:

“Eh bro, harini period flow aku lain macam banyaknya. Aku terpaksa ganti pad 3 kali”

“Ye ke, kau sabar eh bro”

Mesti syarikat pad akan menghasilkan pad yang lebih selesa dengan teknologi paling canggih bagi untuk digunakan lelaki. Mesti bentuk pad akan berbeza. Menarik!

via GIPHY

Mesti tak ada lagi dah stereotaip terhadap perempuan moody disebabkan period sebab lelaki pun period. Cuma, mungkin waktu lelaki period, itu adalah masa mereka menjadi lebih kreatif. Siapa tahu, kan?

Mungkin juga kita akan nampak bagaimana lelaki pertama kali handle pad bocor waktu tengah period dan menggelabah tukar seluar. Itu belum lagi kalau mereka senggugut!

Tak memasal lelaki pun akan mengidam makanan manis dan berharap makwe mereka belikan kek, coklat atau ais krim waktu tengah period. Bila lelaki dan perempuan period pada masa yang sama, bolehlah pergi kedai manisan sama-sama.

via GIPHY

Ha, ini antara senario yang sis boleh fikirkan kalau lelaki turut mengalami masalah period. Korang rasa macam mana? kelakar atau pelik?

*Oh ya, sis lupa nak roger gadis-gadis sekalian, 25hb bakal menjelma beberapa hari lagi. Tak sabar nak gajikan?! Cuba tengok kat sini ada promo buy 1 free 1. Penjimatan seperti ini yang kita perlukan! Betul tak gadis-gadis? Have fun bershopping tu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my