Serious?!

Pernah tak terfikir kenapa ada lubang kecil dekat biskut?

Oleh  | 

KALAU waktu petang-petang, biasanya nenek dekat kampung dah siap buatkan kopi dan biskut kering sambil duduk bawah pokok untuk minum bersama-sama. Nak lagi best kalau minum teh panas waktu hujan. Pergh! Layan.

Tapi korang perasan tak, ada lubang-lubang kecil dekat permukaan biskut tu. Walaupun jenama lain-lain, tapi saiz lubang tu lebih kurang sama sahaja.

via GIPHY

Kalau sebelum ni korang rasa lubang itu hanya corak nak bagi nampak cantik. Korang silap. Ini kerana lubang tersebut ada fungsinya yang tersendiri.

Ia adalah teknik untuk memastikan proses pembakaran biskut berjalan dengan baik. Bila ada lubang macam tu, bahagian dalam biskut berkenaan akan masak sepenuhnya.

Apa jadi kalau lubang tu tak wujud? Struktur biskut tak berapa kukuh dan mudah retak dan hancur. Selain itu, dengan adanya lubang, biskut tak akan mengembang macam biskut dan roti yang lain.

Ha, lepas ni bolehlah korang bentang fakta ni dengan orang lain. Barulah nampak gah sampai kawan-kawan korang ternganga dengan kepintaran korang. Yesza!

Sumber: Today I Found Out, Siakap Keli

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my