Be-You-Ty

Pernah terfikir tak apa punca selulit pada badan?

Oleh  | 

HELLO geng! Hari ini sis nak sembang sikit pasal badan dan kulit kita. Pernah tak korang rasa runsing dengan garis-garis yang muncul pada badan kita?

Ha garis-garis yang paling popular pada badan kita yang digelar selulit ini, sudah tentu ada sebabnya mengapa ia muncul.

Oleh sebab itu, hari ini sis nak cerita sikit kenapa selulit ni muncul di bahagian peha, perut dan anggota badan yang lain.

via GIPHY

Selulit merupakan kesan bonjolan yang muncul pada permukaan kulit. Kemunculan selulit ini adalah disebabkan lebihan lemak yang terkumpul di dalam badan kita. Selulit ini bukan setakat lemak yang degil je geng, ia mempunyai kandungan bertoksin tau!

Kalau bertoksin, sudah tentu beracun dan amatlah tidak sihat pada badan kita! Selalunya, memang kaum wanita yang menjadi mangsa serangan selulit pada tubuh manusia.

via GIPHY

Hormon

Faktor perubahan atau aktiviti hormon boleh menyumbang kepada kemunculan selulit pada badan kita. Sebab itu, orang yang kurus juga boleh mempunyai selulit pada tubuh mereka! Antara hormon yang menyumbang kepada masalah selulit ini adalah estrogen,insulin, noradrenalin,tiroid dan prolaktin.

via GIPHY

Gen

Selain daripada hormon, faktor gen juga memainkan peranan yang agak besar. Faktor ini memang sukar untuk dielak disebabkan ciri-ciri tertentu dalam individu yang berlainan mempengaruhi kemunculan selulit pada badan.

via GIPHY

Gaya hidup manusia

Gaya hidup ini bergantung pada individu tersendiri. Kalau pandai mengamalkan gaya hidup yang sihat, mustahil selulit akan muncul dengan sendiri.

Elakkan duduk terlalu lama dan posisi yang salah kerana ia boleh menggalakan kemunculan selulit.

via GIPHY

Permakanan

Yang paling obvious sekali, sudah tentu faktor permakanan. Makanan yang mempunyai lemak yang banyak memang akan meyumbang kepada kemunculan selulit.

Elakkan makan makanan yang mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi seperti kuih-muih, fast food, gula-gula, cokelat dan pastries!

Banyakkan makan makanan alam semula jadi yang berwarna hijau seperti daun celeri, epal hijau dan sayur-sayuran.

via GIPHY

Pakaian

Ha! Bukan setakat faktor makanan dan gaya hidup je geng! Pemakaian pun penting jugak dalam kemunculan selulit tu. Korang tahu tak kalau korang pakai pakaian yang ketat, risiko untuk mendapatkan selulit itu menjadi lebih tinggi.

via GIPHY

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk lebih memahami tubuh badan korang sendiri.

Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my