Serious?!

Persembahan acah-acah Ustaz Adam pecah perut! Shuk juara Bintang Bersama Bintang

Oleh  | 

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah pepatah yang cocok untuk menceritakan kemenangan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar sebaik sahaja dinobatkan sebagai juara Super Bintang Mencari Bintang malam tadi.

Mana tidaknya, percaturan Shuk membawakan parodi drama terkenal Nur dan bergandingan pula dengan Jihan Muse benar-benar membuatkan penonton tidak kering gusi.

Apa yang lebih ‘membakar’ pentas akhir malam tadi ialah kemunculan Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi yang siap menari lagu Police Entry. Pecah perut semua penonton dibuatnya. Bukan itu sahaja, boleh pula Ustaz Madi beri boxer pisang yang viral itu kepada Shuk semalam. Adoi, macam-macam!

Persembahan Shuk malam tadi bukan sahaja berjaya menambat hati menonton malah juri yang dibarisi oleh Saiful Apek dan Mark Adam turut sama terhibur.

Kemenangan Shuk Sahar sebagai juara Bintang Bersama Bintang telah melayakkannya membawa pulang wang tunai RM100,000 serta menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Achey.

 

View this post on Instagram

 

Juara Bintang Bersama Bintang 2019 adalah Shuk!!! 🔥🔥🔥 Powerlah @shuk_hotfm !! 💯💯 @tv3malaysia #bintangbersamabintang

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Acara kemuncak itu turut dihadiri selebriti terkenal seperti Dato’ Afdlin Shauki, Fikry Ibrahim dan Heliza Helmi.

Apapun, tahniah Shuk!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my