Serious?!

Persenda vaksin tak kalis gas Metana, netizen minta Mosus berhenti papar kebod*han

Oleh  | 

BEBERAPA hari lalu, Malaysia digemparkan dengan berita pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang mengandungi lapan sebatian kimia.

Kesannya sangat membahayakan apabila orang awam dan kanak-kanak mengalami kesan sampingan sepeti loya, muntah, pengsan dan jika terlalu parah boleh berakhir dengan kematian.

BACA: Lepas angkasawan dah angkat sumpah, Suhaimi Saad tak puas hati apa lagi?

Di sebalik kegelisahan dan giat kerja yang dilakukan untuk membantu mangsa di Pasir Gudang, bekas penyanyi kumpulan nasyid sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik sebuah kenyataan di Facebook yang dianggap tidak sensitif dengan keadaan cemas yang sedang berlaku.

Bengang dengan status Suhami Saad, rata-rata netizen mengecam tindakan Mosus itu yang dianggap tidak langsung memberikan solusi dan menganggap tindakan Suhaimi hanya untuk mendapatkan perhatian.

Ada juga yang memberi pencerahan kepada Mosus bahawa gas Metana bukanlah sejenis kuman yang memerlukan vaksin.

Setakat hari ini, tiada isytihar darurat dikeluarkan oleh kerajaan. Diharapkan agar keadaan di Pasir Gudang segera pulih dan langkah berjaga-jaga yang lebih ketat perlu dilakukan selepas ini. Jangan gara-gara orang lain yang tak bertanggungjawab, orang lain pula yang jadi mangsa.

BACA: “Haters ni munafik dan lembu bertopengkan manusia”- Suhaimi Saad

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my