Dhiaventure

Pertama kali nak travel solo? Ini hostel terbaik di dunia untuk korang!

Oleh  | 

SEKARANG ini ramai sahaja yang keluar dari zon selesa mereka dan pergi mengembara seorang diri. Maka proses tempah tiket kapal terbang, merancang percutian, kenderaan sehinggalah penginapan semuanya diuruskan sendiri. Bukan itu sahaja, bajet pun sendiri-sendiri dan semestinya berbeza jika pergi dengan rakan-rakan kerana kos boleh dibahagikan.

Namun, apa salahnya travel seorang diri. Kita akan lebih puas dan paling penting, kita akan semakin mempercayai diri dalam membuat keputusan. Bagi menjimatkan kos, korang boleh cari hostel traveller yang harganya lebih murah dibandingkan kalau menginap di hotel-hotel tertentu.

Baru-baru ini laman web pemesanan penginapan Hostelworld ada menyenaraikan beberapa hostel yang selalu menjadi pilihan pengembara. Ia termasuklah beberapa faktor lain seperti kebersihan, keamana, kolasi, staf dan kemudahan yang disediakan.

Dalam senarai itu, Cheerful Hoi An Hostel di Hoi An, Vietnam dipilih sebagai hostel terbaik dunia. Selain daripada keadaan yang tenang, pengurus hotel ini juga ramah dengan tetamu dan tak kisah mengajar mereka untuk bertutur bahasa Vietnam.

Selain itu, antara yang menjadi pilihan ialah Hostel Ebi di Jepun dan Cozy Nook Hostel juga di Vietnam.

Selain itu, berikut adalah antara senarai hostel lain yang korang boleh lakukan tempahan kalau ke negara-negara yang dinyatakan.

1. Hostel terbaik untuk pelancong solo wanita: Hostel One Prague, Ceko

2. Hostel terbaik untuk pelancong solo lelaki: Los Patios Hostel, Kolombia

3. Hostel terbaik berdasarkan lokasi: Adventure Q2 Hostel, New Zealand

4. Hostel terbaik berdasarkan keramahan staf: Cheerful Hoi An Hostel, Vietnam

5. Hostel terbaik berdasarkan suasana: 5 Terre Backpackers, Itali

6. Hostel terbaik berdasarkan harga: Tropical Valley Homestay

7. Hostel terbaik berdasarkan fasiliti: The Roadhouse Prague, Ceko

8. Hostel terbaik di Afrika: Rodamón Riad Marrakech, Maroko

9. Hostel terbaik di Asia: Cheerful Hoi An Hostel, Vietnam

10. Hostel terbaik di Eropah: 5 Terre Backpackers, Itali

11. Hostel terbaik di Amerika Utara: Maya Papaya, Guatemala

12. Hostel terbaik di Oseania: Adventure Q2 Hostel, Selandia Baru

13. Hostel terbaik di Amerika Selatan: MaPatagonia Outdoor Hostel, Chile

14. Hostel terbaik di Indonesia: Puri Garden Hotel & Hostel, Ubud, Bali

 

Jangan lupa semak tarikh dulu. Takut-takut penuh pula nanti!

Sumber:CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my