D-Life

Perut buncit? Ini 5 sebab kenapa lemak korang berkumpul kat perut!

Oleh  | 

Cuba korang tengok perut korang, ada lemak terkumpul tak? Semua orang ada lemak kat perut termasuk orang yang kurus. Dah macam-macam cara korang buat untuk kempiskan perut tapi still juga tak berkesan? Bahaya ni! Korang kena tahu kenapa lemak korang yang berkumpul kat perut tu susah untuk hilang. Jom baca dekat bawah ni!

Kenapa lemak perut lebih bahaya dari lemak lain?

Lemak perut juga disebut lemak visceral. Lemak visceral adalah lemak yang ada di antara organ kita seperti hati, limpa dan usus. Lemak ini berfungsi melindungi organ-organ penting dalam perut kita. Tapi, jika terlebih lemak visceral dalam badan juga tak bagus untuk kesihatan kita tau.

Nak tahu sebab apa? Sebabnya, lemak visceral menghasilkan racun yang boleh mempengaruhi kesihatan badan kita. Pelepasan sitokin yang berlebihan boleh menjadi punca kepada penyakit jantung, diabetes dan kanser. Huish, bahaya ni!

Punca lemak terkumpul di perut

1. Kalori

Orang gemuk dan kurus mempunyai lemak visceral secara berlebihan. Punca kenapa lemak korang terkumpul adalah kalori yang masuk ke dalam badan korang lebih banyak daripada kalori yang keluar. Makan terlalu banyak dan kurang bersenam adalah punca kenapa badan kita semakin membesar.

2.  Penuaan (menopause)

Semakin tua usia kita, semakin berkurang mass muscle yang ada dalam badan. Ini akan menyebabkan lemak makin terkumpul di badan korang termasuk di perut. Kekurangan mass muscle boleh menyebabkan kesukaran untuk membakar kalori dalam badan kita sampai susah nak mantain kepada bentuk badan asal. Ini salah satu punca kenapa semakin bertambah umur, semakin mudah untuk manambah berat badan.

3. Genetik

Salah satu punca lemak terkumpul di badan adalah faktor genetik. Gen yang mengandungi kortisol dan leptin dalam badan kita menjadi punca lemak korang terkumpul.

4. Kurang tidur

Kurang tidur boleh menjadi salah satu sebab kenapa lemak boleh terkumpul kat perut korang. Selain kurang tidur, gangguan tidur seperti  sleep apnea, juga boleh mengakibatkan kenaikan berat badan. Hal ini mungkin kerana waktu korang kurang tidur, korang mungkin ditemani dengan makanan yang tak berkhasiat.

5. Kurang bergerak

Jika kita idamkan berat badan yang normal dan ideal, kalori yang masuk ke dalam badan kita perlu sama dengan kalori yang keluar. Jika kalori yang masuk lebih banyak dari keluar, ini akan menyebabkan berat badan kita naik. Kajian telah dilakukan terhadap wanita yang menonton televisyen lebih dari 3 jam setiap hari berkemungkinan akan mengalami obesiti di perut lebih 2 kali ganda berbanding wanita yang menonton televisyen satu jam sehari.

Ha, so korang dah tahu kan sebab-sebab perut korang buncit? Cepat cari solution untuk stop kan kegemukan ni girls! Ada satu rahsia yang Dhia nak share dengan korang untuk kembali slim dan menawan. Korang boleh cuba sesi fat remover dekat sini okay. Di jamin berkesan dan harga pun tak masuk akal. Check it out!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my