Serious?!

Pesakit COVID-19 ini meninggal dunia lepas lima hari keluar hospital

Oleh  | 

ANGKA orang awam yang disahkan positif COVID-19 semakin membimbangkan di seluruh dunia. Oleh itu, semua negara telah melakukan pelbagai usaha untuk membendung penularan wabak ini. Walaupun masih belum ada penawar khas untuk mengubati virus ini, namun sudah ada beberapa pesakit yang berjaya sembuh dari COVID-19 ini.

Di China lain pula ceritanya. Seorang lelaki berusia 36 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah mengalami masalah pernafasan. Sebelum ini, lelaki itu mendapat rawatan pada 12 Februari setelah disahkan terkena wabak coronavirus. Namun, mengikut prosedur WHO, lelaki itu sebenarnya tetap  kena kuarintin selama 14 hari.

Isteri kepada lelaki berkenaan, Mei menyatakan suaminya itu tiba-tiba sakit setelah dua hari keluar dari hospital. Mulutnya kering dan mengalami kembung perut.

Dia kemudian dibawa ke hospital pada 2 Mac sebelum disahkan meninggal dunia disebelah petang. Pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan sebab kematian adalah kerana COVID-19. Lelaki itu juga mengalami kegagalan pernafasan.

Sebenarnya, banyak rupanya pesakit yang telah disahkan sembuh tiba-tiba kembali sakit. Bilangan pesakit yang menghadapi situasi ini juga semakin meningkat.

Wuhan telah memasuki fasa kritikal dalam pertempuran melawan virus corona dan langkah-langkah ketat harus dilakukan.

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my