Inspirasi Dhia

Pesanan terakhir Ajak sebelum tinggalkan Hot FM bikin sebak!

Oleh  | 

TIADA siapa yang menduga seorang lelaki biasa yang menyarung uniform tentera laut tiba-tiba menjadi seorang selebriti beberapa tahun selepas itu.

Itulah serba sedikit sejarah pelakon, pelawak, penyanyi dan penyampai radio Ajak Shiro sewaktu menceritakan kisahnya menyertai Geng Pagi Hot di HotFM.

14 Februari menjadi hari terakhir Ajak ke udara bersama Geng Pagi Hot sekali gus mengakhiri perjalanannya sebagai penyampai radio selama tiga tahun.

Mengenang kembali detik-detik awal sebagai penyampai radio, Ajak sedikit sebak menceritakan bagaimana angan-angannya bertukar menjadi realiti.

“Ingat lagi waktu itu aku masih sarung baju tentera. Aku nampak Farah Fauzana live Hot FM dekat TV.

“Waktu itu terdetik seronoknya kalau jadi penyampai radio. Tak sangka Tuhan dengar agaknya suara hati. Hari ini dah hari terakhir dekat sini.

“Aku pun sebenarnya tak tahu macam mana aku boleh sampai ke tahap ini. Aku rasa aku orang yang paling tak ada cita-cita tinggi waktu sekolah,” katanya disambut gelak tawa Syuk dan Fizie.

Kenangan manis bergelar penyampai radio

 

View this post on Instagram

 

Selama 3tahun @ajakshiro di @hotfm976 , ni moment paling yang tak akan dilupakan #GengPagiHot #GelakPecahHabis

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Bercerita kenangan manis sepanjang di Hot FM, Ajak berkata persiapan untuk ke udara setiap hari dan berjumpa geng pagi Hot yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri pastinya menjadi kenangan yang paling dirinduinya.

Kenapa Ajak berhenti?

Berita pengunduran Ajak daripada Geng Pagi Hot sememangnya menjadi khabar yang memilukan kepada semua pendengar.

FOTO: Instagram Ajak Shiro

Banyak pertanyaan yang timbul apabila Ajak tiba-tiba meninggalkan bidang yang diminatinya.

Tidak mengulas panjang, Ajak berkata setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika bukan kali ini, masanya akan tiba juga nanti.

Ternyata ramai yang merasai kehilangan Ajak menceriakan hari mereka. Berikut adalah antara kata-kata yang sempat kami kumpulkan.

FOTO: Instagram HotFM

“Tiga tahun terlalu cepat berlalu. Secara jujur aku sayangkan korang. Jauh dekat sudut hati, aku nak tengok korang berjaya. Aku nak tengok HotFM akan jadi radio yang orang mesti nak dengar.

“Aku tahu kita bukan penyampai, tapi kita family. Terima kasih semua,” kata Ajak semasa mengakhiri tugasnya pagi semalam.

Apa pun, team Dhia nak ucapkan selamat maju jaya untuk Ajak dekat luar sana dan terima kasih kerana menceriakan hari-hari kami di radio. Hero never be forgotten!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my