Fitness

Pinggang ramping tapi peha kembang? Ini tips untuk korang

Oleh  | 

PEHA besar merupakan satu masalah yang agak besar pada kaum wanita. Walaupun dah exercise, namun peha ni macam susah pulak nak kecil!

Mempunyai tubuh yang ideal dan sempurna merupakan satu impian bagi setiap wanita. Mana taknya, bila mempunyai tubuh yang langsing, keyakinan diri pun menaik dan tak ada lah selalu kena body shaming!

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita amalkan senaman-senaman ni khas untuk peha supaya korang tak rugi masa bila bersenam.

Jaga permakanan

Kalau korang bersenam tapi korang tak jaga makan pun satu hal jugak sebenarnya. Jadi pastikan korang amalkan diet yang sihat dengan memakan buah-buahan dan sayuran. Nak makan boleh, cuma korang kena lah jaga portion makan tu.

‘Lunges’

Lunges ini merupakan satu senaman yang paling mudah dan berkesan dalam proses mengecilkan peha. Kalau korang konsisten, kesannya akan terbukti dengan lebih cepat. Malah bukan kecilkan peha je, perut dan punggung juga boleh bertukar!

‘Shapewear’

Korang dapatkan saiz yang bersesuaian dengan badan korang. Korang dapat membantu membentuk badan sendiri dan jangan pulak korang pakai terlebih masa. Penting untuk korang dapatkan material yang selesa untuk korang pakai.

Tinggalkan gula

Kalau nak peha kecil dan plan senaman korang berkesan, pastikan korang elak makan makanan yang manis dan bergula. Elak makanan bergula, elak cravings! Korang boleh gantikan dengan buah-buahan atau homemade jus.

Ikuti plan ‘workout’ yang mudah

Kalau korang nak workout, pastikan korang mengamalkan senaman yang mengikut kemampuan sendiri. Jangan paksa diri untuk terus melakukan teknik senaman yang advance supaya korang tak cepat penat atau risiko cedera.

Sis nak ucapkan dekat korang semoga berjaya dan kalau korang konsisten, memang sekejap je peha boleh kurus!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my