Be-You-Ty

Pinggul curvy ! 5 teknik berkesan untuk pinggul yang curvy

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Meh sini sis nak cakap sikit, di zaman dunia moden ni, ramai yang lebih hargai bentuk tubuh kaum wanita. Mungkin juga atas kesedaran tentang saiz badan juga.

Namun, ada juga sesetengah individu yang  memang idamkan pinggul yang besar. Besar yang dimaksudkan sis bukanlah besar sangat macam belon ke apa ya. Haa at least biar la nampak tengag dan berisi sedikit. Sexy tau!

Jadi, hari ini sis nak kongsikan tips untuk besar pinggul korang tu biar nampak curvy dan kebanyakkan orang pun dah mula suka bentuk padan yang berisi!

Protein

Korang kena ubah sikit cara pengambilan makanan korang tu. Kalau korang nak tebalkan otot korang tu, korang kena lebihkan pengambilan protein. Kalau korang tengah kejar dengan workout, apa kata korang ambil protein shake tu dan minum selepas senaman dilakukan.

Kalau tak nak minum protein pun tak menjadi masalah, korang boleh makan makanan yang mengandungi protein seperti tuna,telur, ayam, kekacang, daging merah tanpa lemak dan ikan.

Sayur

Sayur-sayuran merupakan menu yang penting untuk membentukkan pinggul ayng korang idamkan tu. Oleh itu, masukkan sayur-sayuran ke dalam diet. Nak makan banyak pun tak apa!

Squat

Senaman squat ini sememangnya sangat berkesan untuk menghasilkan punggung yang seksi dan mantap! Korang kuatkan otot dibahagian punggung dan boleh membentuk punggung menjadi lebih bulat.

Wall sit

Lagi satu senaman yang boleh mencantikkan pinggul kita adalah senaman wall sit. Senaman ni sangat praktikal, asalkan ada dinding je korang dah boleh buat. Korang amalkan perggerakkan ini berulang kali selama beberapa minit. Senaman ini bukan setakat punggung je boleh cantik, peha pun cantik juga!

Yoga

Yoga dapat membetulkan semula posisi badan korang tu. Kalau korang perasan, badan korang akan kelihatan berbeza dan tubuh badan akan kelihatan lebih cantik.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang mencapai body goals yang korang idamkan tu. Jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan korang ya!

Sumber:profhariz.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my