Be-You-Ty

#Pinktober: 5 tanda kanser payudara yang ramai ambil mudah

Oleh  | 

KANSER payudara ialah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Kanser payudara malah sekarang tidak kenal usia, tidak hanya berisiko kepada wanita berusia sahaja. Gadis-gadis pun berisiko tau untuk mendapat kanser ini.

Malangnya, ramai yang ambil ringan tentang tanda-tanda awal kanser payudara. Sebenarnya ada beberapa tanda awal yang perlu dilakukan supaya langkah rawatan dapat dilakukan lebih awal.

via GIPHY

Memang susah untuk kesan kanser payudara secara tepat selain melalui imbasan sinaran-X. Namun demikian, kamu boleh lakukan pemeriksaan kendiri di bilik kamu dengan mengesan 8 tanda berikut.

 

  1. Ketulan/benjolan di bahagian bawah payudara

Ini ialah tanda paling awal kanser payudara. Tetapi kamu perlu tahu, tidak semua benjolan di payudara ialah kanser. Antara benjolan yang menunjukkan mungkin bukan kanser ialah benjolan yang lembut dan benjolan tersebut terdapat di kedua-dua belah payudara. Namun jika benjolan tersebut keras dan ada satu sahaja di bahagian payudara, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

 

  1. Keluar cecair daripada payudara

via GIPHY

Ada dua jenis cecair yang keluar daripada payudara yang ada kanser; cecair jernih dan tidak cair. Jika ini yang keluar dari payudara kamu, ini bermakna kanser kamu masih di peringkat awal dan masih boleh dirawat. Jika cecair yang keluar tersebut berwarna merah atau coklat seperti darah, ini bermakna kanser kamu sudah di bahaya dan kamu perlu bertemu doktor segera.

 

  1. Kemerahan sekitar kulit payudara

Jika kulit payudara kamu merah atau gelap pada satu-satu kawasan, kamu perlu ambil serius. Tambah-tambah lagi jikalau kawasan yang merah tersebut terasa hangat dan terdapat bengkak, dapatkan rawatan susulan.

 

  1. Saiz kedua-dua payudara tidak seimbang

 

Cuba berdiri di hadapan cermin dan perhatikan kedua-dua payudara kamu. Jika kamu dapati salah satu daripadanya besar sebelah, itu mungkin petanda kanser. Kamu juga perlukan perhatikan saiz payudara kamu ketika tegang dan kendur. Bandingkan dalam dua-dua keadaan.

 

  1. Puting kamu ke dalam

Jika payudara kamu ada ke masuk ke dalam, kamu harus segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Perubahan ganjil seperti ini menunjukkan kamu mungkin sedang menghidap kanser payudara dalam kamu tidak sedar!

 

Sumber:   TheAsianParent

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my