Serious?!

Pintu hati terbuka, Lisa Surihani kini berhijab

Oleh  | 

SESIAPA yang mengikuti laman akaun Instagram artis terkenal Lisa Surihani, pasti korang tahu Lisa baru pulang daripada menunaikan umrah bersama keluarganya minggu lalu. Sejak semalam, Lisa dilihat memuat naik gambar di Instagram sambil mengenakan tudung berwarna putih. Ia menimbulkan teki-teki di hati peminat adakah pelakon Istanbul Aku Datang Itu sudah berhijab sepenuhnya?

 

View this post on Instagram

 

Was invited to an event organised by Snap Inc here in Malaysia for a chat session entitled : IRL vs URL Friendships. Are real friends overrated? at Boba Tea. With @rockerina as our gracious host, my loving bestie @ilisulaiman , and I alongside Dr Hafeeza a sociologist and researcher, we spoke about the friendship scene here in Malaysia. A topic very close to heart. It was insightful to learn what was derived from the study and survey done by Snap Inc in the effort of highlighting the importance of friendship in our lives. It was interesting to learn that their studies showed amongst many things that Gen Z (born 1996-) (37%) is moving towards smaller and more intimate circles. And that they gravitate towards honesty in their friendships.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Lisa mengakui bahawa kini imejnya sudah bertukar dan tampil berhijab sebaik sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah bersama-sama keluarga. Lisa mengakui keputusan untuk berhijab ini sebenarnya telah difikirkan selama bertahun-tahun.

“Allah telah membuka pintu hati saya untuk berhijab. Saya mohon semua akan mendoakan saya untuk terus beristiqamah,” katanya ketika dihubungi akhbar tempatan.

Lisa mengakui, berhijab adalah salah satu usaha yang dilakukan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Rata-rata memuji imej terbaharu pelakon itu yang dikatakan ‘terlajak cantik’. Tidak kurang juga peminat yang tidak putus-putus mendoakan agar pelakon itu tetap istiqamah bertudung.

Aish, memang idola lah Lisa ni. Dah lah pandai, cantik, dan berbakat. Bila dah tukar imej ni, nampak macam ala-ala perempuan Arab pun ada juga. Comel je! Team Dhia tak sabar nak tunggu OOTD Lisa lepas berhijab ni. Hiks!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my