Serious?!

Polis buru individu sebar berita palsu #MalaysiaLockdown

Oleh  | 

DALAM panik penyebaran virus merbahaya coivd-19, masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab mencipta berita palsu.

Tanpa menyedari keadaan boleh menjadi lebih teruk, masih ada yang memilih untuk menyebarkan berita palsu berkaitan dengan Covid-19.

Baru-baru ini tersebar satu berita palsu mengenai perintah berkurung covid-19 di applikasi Whatsapp. Berita itu disebarkan dalam bentuk gambar dimana ia menyatakan Malaysia akan melalui perintah berkurung akibat covid-19.

Tanpa menyemak daripada sumber yang sah, ramai individu yang tertipu akan berita tersebut sehinggakan ia disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ia adalah berita palsu.

Sejurus dengan itu, pihak Polis Diraja Malaysia sedang giat mencari dan mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Menurut sumber, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan perbuatan tersebut adalah disifatkan tidak bertanggungjawab dan memberikan kesan buruk kepada ramai pihak.

via GIPHY

Hal itu juga turut menimbulkan kegusaran orang awam dan dinasihatkan agar memikir terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu berita kepada umum.

Di samping itu, infografik yang viral tersebut dikongsikan oleh netizen kebanyakkannya melalui Facebook dan juga Whatsapp dimana ia tertera dengan tulisan #MalaysiaLockDown pada 16 Mac 2020 bermula waktu 8 sehingga 10 PM.
Tambahan lagi, ia juga meminta rakyat Malaysia berada di kediaman masing-masing dan beberapa arahan yang juga wajib dipatuhi.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my