D-Life

‘Port’ bergambar paling ‘onz’ di Ikea Batu Kawan!

Oleh  | 

BARU-baru ini gedung kelengkapan rumah pilihan ramai, Ikea telah membuka cawangan keempatnya di Pulau Pinang! Impian orang utara untuk shopping di gedung kelengkapan rumah pilihan ramai ini menjadi kenyataan apabila Ikea membuka cawangan terbaharunya.

Lepas ni orang-orang utara tak perlulah pergi jauh untuk berbelanja kelengkapan rumah. Dengar cerita Ikea Batu Kawan ini lebih banyak pilihan barang kerana keluasannya sahaja sebesar 470,167 kaki persegi. Nak dipendekkan cerita, Ikea ini lebih besar berbanding Ikea Damansara dan Ikea Cheras. Pergh!

Perasmian gedung kelengkapan rumah yang berasal daripada Sweden ini telah dilaksanakan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tan Sri Lim Guan Eng, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, Pengarah Urusan Ikea Asia Tenggara, Christian Roejkjaer dan Pengurus Stor Ikea Batu Kawan, A. Pathmalingam.

Terdapat 49 bilik pameran dan 8000 produk telah dijual di sini. Bukan itu sahaja, Ikea ini juga menyediakan 815 tempat duduk di restoran mereka dan meletakkan polisi pemulangan barang selama 365 hari! Menarik kan?

Bagi sesiapa yang sememangnya berada di utara tu korang dah ada port lepak dan berbelanja yang paling hip abad ini. Sambil-sambil makan meatball Ikea tu boleh lah korang ber ootd bersama teman-teman korang.

Meh Dhia belanja port ootd paling onz di Ikea Batu Kawan. Setiap minggu boleh lah post feed baru dekat Instagram korang. Confirm banyak likes!

Amacam trendy tak gambar-gambar ni? Fefeling model pula talent kita dekat atas ni. Korang pun boleh okey!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my