Serious?!

#positifselalu diangkat sebagai tema DFKL 2019

Oleh  | 

MEMASUKI tahun ke 6 penganjuran, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) edisi 2019 kali ini membawa banyak pembaharuan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bertemakan #positifselalu, DFKL tahun ini lebih memberi penekanan kepada nila-nilai positif sesama pengguna media sosial.

Memperkenalkan tema “Realiti Dunia Media Sosial” sebagai tunjang untuk sesi kongsi idea dan juga pertandingan drama pendek. Bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan mengenai situasi alam digital kita yang sebenar. Yela, kecam mengecam dari satu individu kepada individu yang lain macam dah menjadi amalan pula kan?

Konsep baru

DFKL masih mengekalkan objektifnya iaitu untuk mencungkil bakat-bakat baru bukan sahaja dalam bidang lakonan, malah dalam bidang penulisan skrip dan pengarahan. Namun, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, DFKL 2019 hanya terbuka kepada 10-20 orang peserta sahaja menerusi siri jelajah DFKL 2019 tak lama lagi.

Konsep pada tahun ini lebih memfokuskan kepada kumpulan yang lebih kecil bagi memudahkan sesi one-to-one yang lebih berkesan. Melalui bengkel ini juga, bakat-bakat baharu akan disaring berdasarkan komitmen, disiplin, bakat, keyakinan, dan minat mereka untuk peringkat yang seterusnya.

Menampilkan Izzue Islam dan Janna Nick sebagai duta pada tahun ini, DFKL juga turut disertai oleh Heykal Hanifah, Datuk A. Aida, Along Kamaludin dan Eirma Fatimah selaku ahli panel bagi sesi uji bakat dan sesi kongsi manakala Ashraf Muslim dan Fasha Sandha pula selaku ahli panel dan juri jemputan.

KUALA LUMPUR 19 FEBRUARI 2019. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Buat julung kalinya DFKL 2019 kali ini memperkenalkan kategori Drama Rantaian Bahasa Cina. Kalau korang nak tahu, kategori ini sebenarnya telah diperkenalkan di Anugerah Skrin 2018 lagi.

Bengkel DFKL 2019 tidak lagi dibuka kepada khayalak ramai tetapi berkonsep tertutup kepada 20 orang peserta yang disenarai pendek menerusi uji bakat di kesemua siri jelajah DFKL 2019 nanti. Bengkel ini akan berlangsung pada 22 hingga Mac ini manakala malam kemuncak pada hari Ahad bersamaan 7 April 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

KUALA LUMPUR 19 FEBRUARI 2019. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Ha, kalau nak undi artis kegemaran korang, jom ramai-ramai pergi ke www.dfkl.com.my. Undian sudah pun dibuka sejak 1 Februari lagi tau. Jangan risau, masih ada masa sehingga 25 Mac ini. Tunggu apa lagi tu?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my