D-Life

Power Nap menjadi seseorang lebih produktif

Oleh  | 

RAMAI di antara korang yang  tidak tahu bahawa ‘Power Nap’ ataupun tidur sekejap ketika waktu rehat kerja boleh memberikan banyak faedah dari pelbagai aspek. Korang tahu tak apa itu Power Nap?

Power nap merupakan tidur seketika dan mengambil masa kira-kira 10 minit dan paling lama pun 30 minit. Sis sarankan untuk lakukannya di antara pukul 1 tengah hari sehingga 4 petang.

Bebal banyak-banyak pun tak guna, jadi sis kongsi antara apa kelebihan power nap ini?

Lebih Produktif

Power nap dapat membantu korang menjadi seorang yang lebih produktif di waktu kerja. Selain itu, ia dapat  daripada membuatkan kita lebih segar di waktu petang dan dapat mempertingkatkan lagi memori kita.

via GIPHY

Bagus Untuk Psikologi

Bukan setakat boleh bantu korang untuk jadi lebih produktif, malah, power nap dapat membantu korang dari segi psikologi tau! Kalau korang perasan, korang akan rasa lebih relax dan segar untuk sambung bekerja atau study!

via GIPHY

Reduce Accidents

Bila korang decide untuk ambil power nap dalam 20 minit, korang dah berjaya mengurangkan risiko untuk terlibat dalam kemalangan atau melakukan sebarang kesilapan. Sebab bila korang power nap, korang akan mejadi lebih alert dengan sekeliling korang.

via GIPHY

Lebih Alert

Tidur sebentar dapat memberikan  korang tenaga dengan mampu untuk stay alert secara berpanjangan. Bila korang kena lalui hari-hari yang panjang, jangan lupa untuk take a power nap sekejap okay? Baru boleh perform!

Power nap sebenarnya diperlukan oleh semua faktor umur. Ia dapat membantu korang untuk menjadi lebih produktif dan efisyen! Power nap ni bukanlah menunjukkan korang tu seorang yang pemalas tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my