Serious?!

Proses disinfeksi dijalankan, pejabat KWSP Kuala Lumpur ditutup!

Oleh  | 

PEJABAT KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut ditutup sehingga hari Jumaat ini bagi menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat serta kawasan persekitaran.  setelah mendapati salah seorang ahli disahkan positif COVID-19.

Mengikut kenyataan KWSP, penutupan itu dilakukan kerana terdapat dakwaan menyatakan seorang individu membuat urusan di pejabat agensi itu pada 27 Febaruari lalu, disahkan positif coronavirus (COVID-19) dan sedang menerima rawatan lanjut.

via GIPHY

Akan tetapi tiada pengesahan terhadap individu terbabit dijangkiti Covid-19 sebelum beliau berurusan di pejabat tersebut. Oleh sebab itu, mereka sudah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada individu terbabit. Walaubagaimanapun, individu tersebut telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Pejabat KWSP akan kembali berfungsi semula pada hari Isnin dan pihak mereka juga telah mengambil langkah awal pencegahan sejak bulan Februari lalu bagi mengurangkan risiko penyebaran virus tersebut.

Telah dimaklumkan juga, semua permukaan kaunter yang terdedah dalam kawasan KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari.

via GIPHY

Tambahan pula, pegawai yang menjaga kaunter juga harus membersihkan tangan mereka setiap 30 minit dan pelawat pula harus menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum menjejaki premis KWSP.

Di samping itu, kaunter KWSP di lokasi yang lain beroperasi seperti biasa dan setiap ahli digalakkan untuk membuat transaksi secara online melalui aplikasi i-Akaun melainkan hal yang memerlukan kehadiran di kaunter KWSP.

Sumber:Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my