Serious?!
Protes atas pentas konvo, Syed Saddiq tak setuju ijazah graduan UM dirampas
KECOH satu Malaysia apabila baru-baru ini seorang graduan Universiti Malaya bertindak menggunakan pentas semasa majlis istiadar konvokesyen sebagai tempat protes.
Dalam video yang sempat viral dilaman sosial itu menunjukkan graduan itu yang dikenali sebagai Wong Yan menganggat plakad bertulis “Tolak Rasis” dan “Undur VC”sambil menjerit ” Ini tanah Malaysia,”
Bro, you got not common sense is it? Majlis rasmi, dihadiri tetamu kehormat dan ibu bapa. Tahu darah amarah, tapi kau pilih pentas yang salah bro. Melaungkan kata protes atas pentas, menjerit sambil angkat placard. Mana kesopanan dan kesusilaan kau? pic.twitter.com/0FoXXGCTLi
— Hazwan Syafiq (@hzwnsyfq) October 14, 2019
Aksi graduan itu tidak mendapat sambutan melainkan dikecam oleh netizen dan di ‘boo’oleh warga di dalam dewan tersebut. Bukan itu sahaja, ramai yang beranggapan perbuatan Yan dianggap biadap kerana tidak menghormati majlis yang penuh beradab itu.
Ramai juga yang meminta agar ijazah yang diterima oleh graduan tersebut ditarik balik sebagai balasan melakukan protes di tempat yang salah dan tidak biadap.
Bagaimanapun, Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendiriannya yang turut tidak bersetuju untuk menggunakan pentas konvokosyen sebagai pentas protes. Namun, menteri muda itu turut tidak bersetuju juka tindakan merampas ijazah dilakukan.

Wong Yan mendesak Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk letak jawatan kerana mendakwa beliau gagal melindungi hak pelajar dan krisis kewangan unibersiti dan hanya menjadi boneka politik.
Sebelum ini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyatakan pertemuan kedua-dua belah pihak perlu dipertemukan untuk menyelesaikan isu ini berbanding membuat kenyataan media.





Komen Terkini