D-Life

Psssst! Nak tahu rahsia kulit cantik tanpa make up?

Oleh  | 

Selalunya bila dah mula kembali bekerja, kita mesti tak banyak waktu untuk menghias wajah kita dengan make up. Tapi biasalah kita kaum perempuan mesti nak kelihatan cantik.

Don’t worry guys, 5 tips di bawah ini mampu membantu korang untuk dapatkan wajah “I woke up like this” ala ala Alicia Keys tanpa mengenakan solekan. Bagus juga sekali sekala biarkan kulit kita bernafas dan bebas dari solekan kan?

So korang dah ready nak tahu 5 tips untuk dapatkan kulit cantik tanpa make up? Jom kita go through satu persatu!

  1. Dapatkan tidur yang cukup.

Ini perkara yang paling wajib sekali untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik. Biasanya kalau kita tak cukup tidur, mesti akan muncul jerawat, eyebags, dark cirlcle di bahagian bawah mata selain kulit kusam dan tak bermaya. Nak tahu kenapa? Proses regeneration kulit kita berlaku pada waktu malam ketika kita sedang tidur. So korang kena dapatkan tidur yang cukup untuk dapatkan kulit idaman korang ok?

 

  1. Minum air putih.

Apa yang masuk ke dalam tubuh kita mempengaruhi apa yang terjadi pada kulit kita. Kurang minum air putih boleh menjadi salah satu punca masalah kepada kesihatan dan kulit kita. So selain menjaga pemakanan dengan mengurangkan makanan yang berminyak, berlemak dan mengandungi kadar garam gula yang tinggi, korang kena rajin minum air putih. At least 8 gelas sehari tau.

 

  1. Urut muka untuk melancarkan peredaran darah.

Setiap kali korang mencuci muka atau memakai pelembap muka, rajin-rajinkan diri untuk mengurut wajah korang. Cara ini sebenarnya membantu melancarkan peredaran darah and confirm kulit korang akan kelihatan lebih sihat dan cantik.

 

  1. “Exfoliating”

Kulit kotor dan sel kulit mati di wajah akan menjadikan muka kita nampak tidak berseri. Tambahan lagi, kulit muka yang kotor mudah ditumbuhi jerawat dan mudah berkedut. Setiap kali mencuci muka, make sure korang bersihkan betul-betul terutamanya ketika remove make up. Gunakan scrub seminggu sekali untuk membuang sel kulit mati dan blackhead.

 

  1. Pastikan kulit sentiasa lembap.

 

Last but not least, kulit yang lembap akan menampakkan wajah kita sihat dan segar. Gunakan tiga langkah penjagaan muka dengan menggunakan toner, serum dan moisturizer untuk kesan yang lebih optimal.

Haa, mudah je kan sebenarnya nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat? Tapi make sure korang kena konsisten ikut tips-tips dekat atas ni okay? Untuk kekalkan kelembapan kulit muka dah sihat serta glowing, korang boleh apply facemist kat wajah korangKalau tak tahu nak dapatkan facemist dekat mana, boleh dapatkan di Superdeals dengan diskaun yang pocket friendly. Check it out!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my