DhiaLova

Psst.. ada makna besar di dalam boxer lelaki!

Oleh  | 

BERAPA jenis seluar dalam lelaki yang kamu tahu? Mesti yang terlintas hanya dua dalam kepala kamu, kan? Kebanyakan perempuan hanya tahu seluar dalam jenis brief dan boxer je. Sedangkan seperti perempuan, ada pelbagai jenis seluar dalam yang menjadi pilihan lelaki.

Selain pelbagai jenis, pakaian dalam lelaki juga kini datang dalam pelbagai variasi warna dan corak, kalah perempuan! Tetapi kamu tahu atau tidak, pilihan seluar dalam lelaki sebenarnya mencerminkan personaliti sebenar seseorang itu.

Hah, selepas membaca artikel ini, Dhia yakin kamu pasti tak sabar nak tanya teman lelaki atau atau intai dalam seluar suami kamu, dia pakai seluar dalam jenis apa!

 

Boxer brief

 

Ini jenis seluar dalam yang paling banyak menjadi pilihan lelaki (berbanding brief yang sedikit old school). Boxer brief juga lebih seksi berbanding boxer, yang selalunya menjadi pilihan ayah-ayah atau hanya dipakai lelaki sewaktu mahu bersantai sahaja. Lelaki yang pakai boxer brief ini selalunya lebih terbuka dan sentiasa bersedia. Si dia mungkin seorang yang lover, bukan fighter. Dan jaga-jaga, si pemakai boxer brief juga memberi isyarat bahawa dia sedia untuk memeluk dan memanjai kamu!

 

Brief

Brief atau nama yang orang kita panggil sebagai ‘spender’ setara tarafnya dengan lingerie dalam kamus seluar dalam wanita. Mana tidaknya, lelaki yang memakai brief cenderung untuk menonjolkan ‘aset’ yang mereka ada. Jadi boleh dikatakan, lelaki yang memakai brief ini sebenarnya berani, ada misi dan sentiasa tahu apa yang mereka mahu.

 

Boxer

FOTO: Elite Daily

Dah 2018, masih ada ke lelaki yang pakai boxer sebagai seluar dalam? Setahu Dhia, boxer sekarang hanya dipakai lelaki pada waktu santai atau sebagai seluar tidur. Tetapi jika si dia memakai boxer sebagai seluar dalam, kamu perlu berjaga-jaga. Si dia mungkin belum stabil dalam pelbagai aspek, atau pemikirannya sedikit terkebelakang.

 

Jockstrap

Err, lelaki yang pakai jockstrap ni memang sukar diteka. Jockstrap atau mankini, atau apa-apa pakaian dalam yang mempunyai fabrik yang sangat minimal sekali imbas memang seksi, tetapi dua kali pandang akan buat kamu meragui pasangan kamu. Jika si dia dari Eropah atau seorang atlet, tak pelik untuk si dia sukakan jockstrap. Kalau dia bukan salah satu, mungkin dia hanyalah seorang yang sukakan pengaliran udara yang lebih? Hunuzonnnn.

 

Komando

Komando atau tidak memakai apa-apa seluar dalam, jika si dia hanya buat di dalam rumah, itu agak normal. Tetapi jika si dia memang jika keluar berkerja pun tidak memakai apa-apa seluar dalam 9-5, berhentilah menganggap itu sesuatu yang seksi. Itu tidak lebih hanyalah bermaksud dia seorang yang menggelikan dan tak pandai menjaga kebersihan. Euwww!

 

Sumber:  Elite Daily

2 Comments

  1. Ash

    4 December 2018 at 2:18 am

    Mana ada orang panggil boxer brief. It’s obviously adapted from boxer dengan brief kan sebab dia panjang macam boxer dan ketat macam brief haha. Orang panggil benda tu trunks.

    • Munirah

      6 December 2018 at 10:23 am

      Hai! Terima kasih untuk berkongsi info dan komen! Harap boleh terusk support 🙂

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my