Be-You-Ty

Psstttt, Nak tahu tak cara terbaik untuk mencantikkan bulu mata?

Oleh  | 

MEMILIKI mata yang cantik dan sihat sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Melalui mata  orang dapat membaca perlakuan kita dan melalui mata juga la boleh buat kita jadi tertarik kepada seseorang. Dari mata turun ke hati gitu.

Namun, bulu mata yang cantik dan sihat juga menjadi salah satu faktor mata seseorang dilihat menarik. Selain daripada menjaga mata kita supaya kekal sihat, kita juga perlu ambil berat tentang penjagaan bulu mata kita. Nak tahu tak caranya?

Jangan pakai maskara setiap hari

Tidak semestinya setiap kali bersolek korang perlu pakai maskara dengan banyak dan terlalu tebal. Kadang-kadang pemilihan warna eyeshadow yang menarik pun dah boleh jadikan mata kita kelihatan cantik tanpa perlu memakai maskara. Kalau korang nak tahu, pemakaian maskara dengan terlalu kerap akan mengakibatkan pori-pori pada bulu mata akan tersumbat dan akan mengakibatkan bulu mata kita mudah gugur tau.

Jangan pakai maskara yang waterproof!

Korang pun tahu betapa susahnya nak bersihkan maskara kalis air kan? Kita perlukan make up remover yang betul-betul mampu menghilangkan maskara tu. Kadang-kadang kita perlu ulang basuh berkali-kali untuk memastikan maskara betul-betul bersih daripada bulu mata kita. Tidak ke leceh? Kalau boleh hindarkan daripada memakai maskara yang kali air kerana ianya boleh menggugurkan bulu mata kita dengan mudah.

Silalah pakai eyelash extention girls!

Eyelash extention is a new trend untuk wanita-wanita tampil cantik dan cute! Eyelash extention adalah teknik melebatkan bulu mata dengan menambah bulu mata palsu sintetik. Kalau korang gunakan teknik ni, tak perlu susah-susah pakai maskara setiap hari lagi. Eyelash extention sudah cukup untuk jadikan bulu mata kita kelihatan cantik dan tebal. Selain itu, pemakaian eyelash extention boleh melindungi mata daripada debu dan sinar ultraviolet tau!

Bagi yang baru nak mencuba atau sedang mencari tempat untuk melakukan eyelash extention, sis nak cadangakan korang cuba 100-Piece 6D Korean / Russian Eyelash Extensions for 1 Person di Superdeals. Harga asalnya adalah RM98 tetapi kali ini diturunkan kepada RM28 sahaja tau! Mana nak cari tempat yang murah macam ni lagi girls. Baik korang grab peluang ni sekarang di Superdeals!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my