Serious?!

PU Abu curang lagi, Hana Azraa bawa haluan sendiri

Oleh  | 

LAMA tak dengar khabar pendakwah selebriti yang seorang ini. Hari ini isteri kepada Pencetus Ummah Abu iaitu Hana Azraa mengakui rumah tangga yang dibina sudah berada di hujung tanduk.

Hana mengakui sedang dalam proses penceraian di mahkamah seakan-akan memberi bayangan masjid yang dibina pada 1 Februari lalu sudah tidak menemui apa-apa jalan untuk diselamatkan.

Banyak tanda tanya dan persoalan mula timbul memgenai punca keretakkan rumahtangga mereka.

“Cukulah hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu,” kata Hana kepada wartawan mStar.

BACA:Aik, dah tak tinggal sebumbung? PU Abu, Hana dalam proses bercerai

Hana turut memuatnaik status di Instastory menyatakan bahawa mereka berdua sudah membawa haluan masing-masing. Keputusan untuk bercerai ini pula diputuskan selepas berbincang secara baik.

Terdahulu, Pencetus Ummah Abu  menceraikan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan untuk menikahi Hana. Namun, rumah tangga baharu yang dibina bersama Hana Azraa juga bergolak sehingga masing-masing tidak lagi tinggal sebumbung beberapa bulan selepas itu.

BACA:Menyesal cerai isteri, PU Abu harap dapat balasan setimpal

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my