Serious?!

PU Abu dan isteri patah balik ke mahkamah, apa kes?

Oleh  | 

SELEPAS ramai mendoakan agar kemelut rumahtangga PU Abu dan Ain Afini kembali terjalin, nampaknya kisah cinta pasangan terbabit putus ditengah jalan apabila hakim mahkamah memutuskan penceraian mereka sebenarnya sah.

Walaupun pada awalnya keputusan penceraian adalah tidak sah, namun ketika dalam perjalanan pulang daripada mahkamah, ustaz selebriti PU Abu Sufyan tiba-tiba teringat beberapa fakta tambahan membuat dia dan Ain Afini terpaksa berpatah balik ke mahkamah bagi menambah maklumat.

BACA: Lafaz cerai tak sah, PU Abu dan Ain Afini kekal suami isteri

Ketika hakim mendengar maklumat tambahan tersebut, pihak mahkamah akhirnya memutuskan bahawa penceraian mereka adalah sah dengan talak dua seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Terdahulu, PU Abu telah melafazkan cerai melalui aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu dan meninggalkan Ain yang sedang hamil 7 bulan.

Nampaknya dah bukan jodoh mereka bersama. Semoga kedua-dua mereka dapat membina hidup yang baru walaupun di jalan yang berlainan.

BACA: Menyesal cerai isteri, PU Abu harap dapat balasan setimpal

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my