Be-You-Ty

Puas sental daki dekat ketiak tak hilang juga! Ini cara mudah untuk korang

Oleh  | 

KULIT dibahagian badan yang lain semua dah sekata tapi tiba-tiba bahagian ketiak korang susah betul nak tanggal daki hitam tu. Sampaikan rasa malu dan takut kalau ada orang tengok.

Bagi yang faham tak apalah kan? Tapi kalau kena dengan orang yang judgemental, ish faham-faham je lah mulut diorang ni!

Hari ini sis akan kongsikan dekat korang 5 tips mudah untuk korang amalkan. Yang boleh lawan daki degil ni, hanya bila konsisten tau, baru berkesan.

Baking Soda

Sumber: Healthline

Baking soda bukan sahaja elok digunakan untuk membuat kek malah ia juga di gunakan untuk kecantikan.

Caranya mudah sahaja campurkan satu sudu baking soda dengan sedikit air sehingga ia menjadi pes. Setelah pekat, sapukan pada ketiak dan biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas. Amalkan dua kali seminggu dan jika ketiak korang dah tak hitam.

Yogurt dan Susu

Campurkan 2-3 sudu yogurt dan juga 3-4 sudu susu. Kemudian korang kacaukan sehingga rata. Sapukan pada ketiak dan biarkan selama 30-40 minit dan bilas dengan air suam.

Timun dan Kunyit

Hancurkan timun dan campurkan dengan sedikit serbuk kunyit. Tempekkan pada ketiak sehingga kering dan kemudian bilas dengan air.

Kulit Limau

Selain boleh mengurangkan jerawat, kulit limau juga mampu untuk membuang daki yang degil pada ketiak kita. Caranya adalah korang keringkan dulu kulit limau tu dibawah cahaya matahari selama beberapa hari.

Setelah dikeringkan hancurkan dan campurkan dengan sedikit susu dan air mawar. Sapukan pada ketiak selama 10-15 minit dan bilas dengan air sejuk.

Kentang

Korang parutkan sedikit sebiji kentang tu dan sapukan pada ketiak. Biarkan dia selama 10-15 minit dan gosokkan parutan tu pada ketiak sebelum korang membilaskannya dengan air sehingga bersih.

Pastikan korang rajin dan konsisten dalam mengamalkan tips-tips ni baru boleh hilang daki yang degil tu!

Sumber:Bejelita

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my