Inspirasi Dhia

Puteri Balqis dan Ibu tak dapat tahan sebak semasa temubual MHI

Oleh  | 

SIAPA yang tak  kenal dengan Puteri Balqis yang selalu muncul dengan keletahnya di kaca televisyen. Namun, sekian lama menyepikan diri, siapa sangka pelakon cilik itu rupanya sedang bergelut dengan kehidupan yang serba serbi menguji.

Balqis yang kini berusia 13 tahun itu diuji dengan penyakit berkaitan jantung dan hidup dalam keadaan serba sederhana mengakui kadangkala pernah ikat perut selama beberapa hari. Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu bagaimanapun menampung kehidupannya dengan menjual buku sajak  bertajuk 38 poems of Puteri Balqis yang ditulisnya di sekitar Kuala Lumpur.

Selepas realiti hidupnya dikongsikan dalam rancangan Bersamamu, namanya terus diperkatakan. Ramai yang mula tersentuh dengan keadaan Aqish dan bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Bukan itu sahaja, ramai juga yang sebak dengan cerita yang dikongsikan Aqish dan ibunya semasa ditemuramah oleh rancangan Malaysia Hari Ini.

Bercerita tentang bagaimana tercetusnya idea sajak itu, ibu kepada Aqish iaitu Norashikin mengatakan bahawa sebenarnya Aqish menuliskan sajak-sajak itu secara rahsia. Dalam diam, Aqish rupanya akan meluahkan perasaan melalui sajak setiap kali melalui fasa-fasa ujian.

Norashikin tidak dapat menahan sebak apabila buku tulisan anaknya itu semakn mendapat tempat dalam kalangan pembaca.

“Ramai yang membeli buku puisi tersebut. Tak henti-henti kami pergi pos buku. Tulisan puteri akhirnya ramai yang baca. Saya berterima kasih kerana ramai yang kongsikan tulisan Puteri,” katanya.

Bagi Puteri Balqis, dia menganggap ujian yang dihadapinya ini begitu indah.

“Puteri tak pernah sangka, sebab itu ibu selalu cakap, pasti ada kemenangan cuma bila, bagaimana, Pencipta pegang waktu. Puteri rasa sebak, Puteri tak pernah sangka yang mereka akan sanjung kami dengan cara yang lebih baik. Kami tengok semuanya positif, ramai insan yang sanjung kami cakap ‘stay strong’.

Awalnya kami rasa kehidupan kami tidak perlu dikongsi. Kehidupan kami biar tertutup. Itulah rahsia kami tetapi rahsia itu telah dibuka dengan cara yang sangat indah. Dibuka dengan cara yang kami tidak pernah sangka,”

Sesiapa yang ingin membeli buku dan menhulurkan bantuan, boleh Whatsapp ke 0164420164 atau  menyumbang ke akaun Norashikin Mohamad Aziz, 162777190105 (MAYBANK).

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my