DhiaLova

Rahsia kejayaan bergantung dengan siapa korang kahwin-Ahli Psikologi

Oleh  | 

TANPA kita sedari, sebenarnya ramai yang membantu kita untuk melakar impian baharu dan memburu kejayaan. Iltizam yang membara dalam diri kita kadangkala samar-samar sahaja, maklumlah,  cabaran yang datang begitu kuat sehingga kita lelah juga menghadapinya. Sebab itulah mereka yang berada di sekeliling kita sangat penting untuk memastikan kita tetap teguh dan menarik semula tangan jika kita tersungkur di tengah perjalanan.

Namun, sebuah kajian baru-baru ini nampaknya lebih mendalam apabila bercerita tentang rahsia orang yang berjaya. Kajian itu mengatakan rahsia kejayaan sangat bergantung kepada siapakah insan yang kita nikahi.

via GIPHY

Ini kerana menurut kajian Carnegie Mellon University  menyatakan isteri sangat mempengaruhi segala keputusan yang korang ambil seterusnya menentukan sama ada korang berjaya atau tidak dalam sesuatu perkara. Dalam kajian yang sama menjelaskan mereka yang menikahi seseorang yang supportive sebenarnya mempunyai peluang yang besar untuk berjaya.

Kajian itu melibatkan 163 pasangan yang sudah berkahwin. Mereka diberi pilihan untuk menyelesaikan kuiz teka-teki yang mudah atau bersaing untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Hasil kajian itu menunjukkan sesiapa yang mempunyai pasangan  yang supportive akan memilih untuk bersaing mendapatkan hadiah.

via GIPHY

Tidak berhenti di situ, setelah enam bulan. Mereka mendapati pasangan yang sukakan cabaran memiliki perhubungan yang lebih baik dan lebih bahagia.

Kita semua mungkin memiliki makna kejayaan yang berbeza. Tapi, kita tidak dapat menidakkan bagaimana bahagia dan bersemangatnya kita memiliki seseorang istimewa yang memberikan galakkan untuk kita menjadi best version of ourself.

Sumber: Ideapop

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my