Inspirasi Dhia

Rahsia Siti yang bukan ‘biasa-biasa’ – peminat dedah cerita sebenar

Oleh  | 

BUKAN mudah untuk menjadi seorang selebriti yang popularitinya sentiasa bertahan dan tidak pernah kecundang.

Entah magis apa membuatkan nama besar Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti ini tidak pernah tenggelam dalam arus media dan sentiasa disanjungi kehadirannya dalam dunia seni tanah air.

Tidak hanya itu, pemilik suara buluh perindu ini telah menggondol 300 anugerah dan penghargaan sama ada  tempatan dan luar negara disamping pernah menjayakan berpuluh-puluh konsert sepanjang 2 dekad bergelar penyanyi.

Di sebalik nama besar Siti Nurhaliza, ada tulang belakang yang sentiasa bersama-samanya mengharungi jatuh bangunnya sebagai anak seni. Mereka adalah kelab peminat yang menggelar diri mereka sebagai Sitizoners. Kelab ini menghimpunkan peminat Siti daripada seluruh dunia sekali gus menjadikan mereka kelab peminat paling berpengaruh di Malaysia.

FOTO: Instagram rozisangdewi

Baru-baru ini penulis sempat menghadiri majlis sambutan ulangtahun kelahiran Tok Ti yang ke-40 anjuran kelab peminatnya. Dalam tema kuning keemasan itu, tidak ada yang lebih meriah selain wajah girang dan ramah Siti Zoners yang menyapa kami di meja media.

BACA: Top 5 lagu Siti ini ‘confirm’ buat korang ‘throwback childhood memories!’

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang itu saling tak tumpah seperti sebuah majlis hari keluarga memandangkan mereka semua dilihat begitu akrab dan mengenali antara satu sama lain.

Membongkar magis  Siti Nurhaliza

FOTO: Instagram rozisangdewi

Membongkar magis seorang Siti, penulis sempat menemuramah beberapa orang  di majlis berkenaan untuk bercerita kelebihan Siti Nurhaliza di mata mereka.

Menurut Rara, atau lebih dikenali sebagai Rara Simplysiti menceritakan kekagumannya kepada peribadi Tok Ti yang sangat merendah hati. Rara menceritakan kenangannya ketika menghadiri sebuah rancangan realiti nyanyian tempatan yang menampilkan Tok Ti sebagai juri.

“Tok Ti tak macam artis lain. Kalau artis lain akan naik lif untuk turun bawah. Tapi Siti akan lalu pintu utama di tempat yang ada peminat. Dia tak kisah orang kerumun dia untuk bergambar. Lebih mengejutkan, Tok Ti kenal dan ingat peminatnya.” cerita Rara yang telah membeli 18 tiket untuk konsert Siti Nurhaliza On Tour tahun ini.

BACA: Jaga-jaga semua, Siti Nurhaliza buat ‘comeback’ konsert terbesar rentas 4 negara!

Sebagai antara individu yang rapat dengan Dato’ Siti, Marr Mohamad bercerita tentang peribadi Tok Ti yang mungkin tidak diketahui ramai.

“Dato Siti kalau dia rasa tak best. Dia akan diam dan tak bercakap. Tapi kita tahu dia tak selesa”.

Bercerita kenangan manisnya dengan Tokti, Marr sebelum ini pernah berhasrat untuk bekerja dengan penyanyi nombor satu negara itu di bawah rumah produksinya. Dia tidak menyangka hasratnya itu tercapai apabila Tok Ti bersetuju untuk bekerjasama menjayakan program yang dirancang Marr.

 

View this post on Instagram

 

Penghargaan daripada Sitizoner buat @ctdk. Selama ini beliau di atas pentas menghiburkan kami dan kini pada hari istimewa, kami memberikan penghargaan buat beliau. Puisi, ucapan, dendangan syahdu chorus Anta Permana dan diakhiri dengan lagu Hari Bahagia (nyanyian asal Astrid & Anji) ciptaan Ade Govinda @ade_govinda . Saya memilih lagu ini kerana makna yang ingin kami sampaikan amat tepat. Terima kasih @ade_govinda memberikan kami menggunakan minus one lagu ini. Video penuh akan disunting oleh @rasafilm.co nanti. . SAMBUTAN ULANGTAHUN DATO’ SRI SITI NURHALIZA TARUDIN KE-40 BERSAMA SITIZONE. . Penganjur: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. . TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA & PENAJAAN. . Foto: @kakitembak_fotografi Video: @rasafilm.co . Lokasi: @shazac.bistari Catering: @suricateringevent . Deco Belon & Candy Buffet: @Aryanacandybuffet_officialpage . Door Gift: @doorgiftcornflakes_maducrunchy @the_goodies_house @kellychantique23 @sufi_goodies. . Kek: @chocncheezzcakehouse @madaboutcake_official @chocolatebyaudi @adore_n_chantique_cakes @pu3cakes_kuantan @mollychoc @najibsbakery @manik_maniks @nazirul_mubin96 @zoora_cake_station @ctsharina @ladybosscake @absolutchocolat @zyla.mokhtar #memberelitsimplysiti @dreambrownies @dilaabadifoods . Hamper: @belonklepet Baucer:@officialsimplysiti . Stall: @apambalikfaizworld @satayrosviral @myfizro . Dessert & Food: @Hanisugarbakery @liurlelehhousehq @KhyreeQ @kerepekrr . Pakaian @ctdk: @qudynofficial Solekan @ctdk:@epie_temerloh Pengacara: @chedd . #SitiGolden40th

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Acara sambutan ulangtahun Tokti diserikan dengan nyanyian lagu Hari Bahagia oleh ahli kelab peminatnya secara beramai-ramai. Nyanyian itu telah mengudang sebak di hati Siti.

“Beruntung sebenarnya seorang Siti ini mempunyai peminat yang sangat setia seperti anda semua” katanya sambil menyeka air mata. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan peminatnya selama ini.

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my