D-Life

Rahsia untuk kita-kita je, Rupanya 4 jenis teh ini buat kurus!

Oleh  | 

SEBAGAI seorang yang tak minum kopi dan nak kurus. Sis sangat teruja nak tulis artikel ini. Tak sabar nak kongsikan dekat korang semua manfaat beberapa jenis teh yang sebenarnya sangat berguna untuk bantuk kecilkan pinggang kita semua.

Memang betul tau. Teh hijau ini terbukti boleh melancarkan metabolisme tubuh dan bakar lemak dalam badan kita. Rupa-tupanya, tak hanya teh hijau. Meh sini sis nak roger apakah antara teh yang boleh memberi kebaikan yang sama.

via GIPHY

Teh peppermint

Aromaya dikatakan boleh menyekat rasa lapar seperti yang tercatat dalam Journal of Neurological and Orthopedic Medicine. Reaksi kimia dalam otak kita akan menurunkan rasa lapar.

Teh hitam

Kandungan flavonoid dalam teh hitam boleh menjadi zat yang boleh menurunkan berat badan. Minum 3 cawan teh hitam boleh membantu menurunkan berat badan dibandingkan kopi.

via GIPHY

Teh putih

Ini dia teh paling natural dan sihat. Teh ini diproses melalui pemetikan, penjemuran dan pengemasan. Katekin dan Polifenol dalam teh ini katanya boleh mencegah pembentukan sel lemak baru.

Teh herba

Teh jenis ini biasanya terbuat daripada rempah, buah, atau tumbuhan yang dikeringkan. Ha, teh ini tak ada kafein. Salah satunya ialah teh Rooibos yang ada herba membantu membakar lemak.

Demikianlah antara teh yang korang boleh cuba! Boleh la minum dengan kawan-kawan sambil mengumpat kucing korang.  Enjoy!

 

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my