Serious?!

Raja Permaisuri Agong meminta rakyat berdoa

Oleh  | 

TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH, Raja Permaisuri Agong meminta rakyat Malaysia semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka kerana sebilangan kakitangan Istana Negara telah dijangkiti coronavirus.

Kenyataan itu dibuat olehnya melalui akaun Instagram miliknya dan baginda juga memaklumkan sebilangan kakitangan positif covid-19.

Raja Permaisuri Agong juga memaklumkan kepada sekumpulan anggota Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sudah berada di kawasan Istana Negara.

 

View this post on Instagram

 

Ampun Tuanku, the team from Jabatan Bomba and Jabatan Kesihatan are already here. We will transport all of our staffs to the hotel that they’re supposed to be quarantined as soon as possible. The procedures that they will go through are as follows- 1. All of them will have to change their clothes to the clothes given by Jabatan Kesihatan. 2. Each one will have to go through disinfection process before they board the bus. Their belongings will also go through disinfection process. 3. We will seperate our staffs to 3 groups. This group will determine which bus they have to go in. First group is those who have been tested negative. Second group is those who haven’t received the swab test results and third group will be those who already have symptoms such as cough, flu or fever.Ampun Tuanku …… setakat ini sudah 9 org positive , di istana hanya tinggal sy sekeluarga bersama 3 pembantu ….. tiada siapa di benarkan keluar bilik , no visitors …. ya allah selamat kan Malaysia ….. i was in close contact with all 9 of them , pls pray for us ! kepada allah berserah

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Disamping itu, semua kakitangan yang lain telah dibawa ke hotel untuk menjalani sesi kuarantin secepat yang mungkin dan terdapat juga beberapa langkah yang perlu mereka ambil.

Antaranya adalah, mereka wajib menukar pakaian yang dipakai dan mengantikan dengan pakaian yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan, mereka perlu melalui proses disinfeksi sebelum menaiki bas dan semua barangan peribadi mereka turut melalui proses tersebut.

Tambahan lagi, mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut perbezaan yang diperlukan. Raja Permaisuri Agong merupakan kumpulan pertama dan memperolehi keputusan negatif setelah diperiksa.

Sembilan disahkan positif setakat ini.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my