Deko

Ramai tak tahu, rupanya ini sebab meja dekat Starbucks bentuk bulat…

Oleh  | 

KALAU korang peminat tegar kopi, entah berapalah duit yang korang habiskan dalam seminggu untuk minum secawan kopi dekat Starbucks. Silap haribulan, korang dah pernah cuba semua jenis air yang dijual dekat kedai tersebut.

Ada juga jenis yang kerap ke kedai kopi ini. Internet laju, tempat selesa dan senang nak cari inspirasi untuk melunaskan kerja. Sebab itu ramai yang tak kisah untuk duduk seorang diri lama-lama dekat Starbucks. Betul tak?  Tapi, agak-agak korang perasan tak yang kebanyakkan meja dekat Starbucks bersaiz bulat. Berbeza dengan cafe lain yang selalunya bersaiz empat segi?

Sebenarnya, ada sebab tau kenapa saiz meja ini berbentuk bulat. Rupanya meja sebegini dipilih untuk mengurangkan perasaan sunyi kepada pelanggan yang datang. Jadi, kalau ada pelanggan yang datang seorang diri tanpa kawan-kawan, mereka tak la rasa sendu sangat waktu minum kopi.

BACA: Bali jadi pilihan Starbucks terbesar di Asia Tenggara!

Menurut Karen Blumenthal dalam bukunya Grande Expectations, meja bulat memiliki aura yang lebih ramah berbanding meja bersaiz petak. Selain itu, antara sebab lain yang signifikan kenapa meja saiz bulat dipilih ialah untuk menggalakkan komunikasi sesama pelanggan.

via GIPHY

Pakar psikologi berpendapat kita akan mempunyai komunikasi yang lebih baik apabila berinteraksi face to face berbanding duduk sebelah menyebelah.

Memandangkan ramai yang suka minum kopi seorang diri. Starbucks pun pilih meja saiz bulat supaya orang lain tak berapa perasan kalau pelanggan itu duduk seorang diri. Keadaan ini berbeza kalau korang duduk dekat penjuru kafe dengan meja yang bersaiz petak. Ini kerana, meja bersaiz petak menampakkan korang mempunyai ruang yang banyak di kiri dan kanan.

via GIPHY

Starbucks telah memperoleh keuntungan kira-kira 14 billion dalam industri ini. Jadi, ada sesiapa cadang nak pergi Starbucks hari ini? Jangan lupa ajak sis.

Sumber: Foodworldnews

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my