Serious?!

“Ramai terkejut tengok kemunculan pertama” – Pheonix, wrestler berhijab pertama gegarkan negara

Oleh  | 

KALAU dilihat sekilas pandang, gadis berbaju kurung dan kecil molek ini sama seperti kebanyakan gadis biasa yang dilihat di Instagram. Tapi, siapa yang menyangka dia adalah ahli gusti perempuan hijab pertama di Malaysia yang baru sahaja membawa pulang gelaran Wrestlecon Champion Malaysia Pro Wrestling baru-baru ini.

FOTO: Instagram nordianapw

Pada awalnya, Nor Diana hanya suka bergusti dengan adiknya sebelum terfikir untuk benar-benar memasuki arena gusti secara profesional. Tiga tahun lalu, Diana telah bertekad menjejakkan kaki ke dalam gelanggang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Keputusan Diana tiga tahun lalu membuahkan hasil.

Gadis berumur 19 tahun ini yang lebih dikenali sebagai Pheonix menyertai Persatuan Gusti Malaysia (MYPW). Setelah dua bulan latihan bersama-sama Ayez Shaukat Fonseka, dia akhirnya dibenarkan menyertai arena gusti profesional. Tiada diskriminasi apabila Diana dilatih sama seperti ahli gusti yang lain yang berjantina lelaki.

FOTO: Instagram nordianapw

Sebelum ini, Diana dilihat tampil memakai topeng setiap kali beraksi di dalam gelanggang. Namun, Diana dilihat menaggalkan topeng dan menunjukkan wajahnya yang sebenar ketika Singapore’s SPW : Ladies Night tahun lalu. Ramai yang terkejut melihat wajah sebenar gadis bertudung yang disembunyikan disebalik topeng sebelum ini.

FOTO: Instagram nordianapw

Sejak kemenangannya beberapa hari lalu, pengikut Instagram gadis gusti itu semakin meningkat. Ramai yang ingin mengetahui lebih dekat kehidupan gadis itu secara dekat.

Kini, Diana menjadi ikon anak muda bertudung. Beliau secara tidak langsung memberi inspirasi kepada para gadis di luar sana untuk melakukan apa sahaja yang diingini walaupun dilihat sedikit berbeza dari orang lain.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my