Dhiaventure

Rancang percutian ke Terengganu? Ini aktiviti yang korang boleh lakukan

Oleh  | 

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian dan kebudayaan. Mana tidaknya, satu negara berkongsi dengan lebih dari dua bangsa! Tiap kali musim perayaan memang meriah tanpan mengira bangsa dan semua juga turut merasa kemeriahannya. Tak asing dengan itu, sudah tentu lah kepelbagaian makanan juga meriah!

Cakap sahaja nak makan apa semua boleh jumpa di Malaysia! Memang seronok. Pelancongan di Malaysia juga tidak kurang hebat di mata kita. Salah satunya adalah di negeri Terengganu.

Kalau korang fikir betul-betul, Terengganu ni memang kaya dengan budaya dan terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik! Jadi hari ini sis nak kongsikan pada korang antara tempat yang memang best korang boleh experience di Terengganu.

Pulau Redang 

Jika korang memang merindukan suasana lautan dan pantai, Pulau Redang ini memang ngam betul tempatnya! Pulau ini bukan hanya hidup dengan aktiviti laut seperti snokelling dan sebagainya, aktiviti malam juga ada , seperti pertunjukkan api dan boleh lepak santai di pesisiran pantai.

via GIPHY

China Town

Ha sini lah tempat yang sesuai untuk korang ber-OOTD! China Town ni kalau tiba waktu malam memang cantik dengan cahaya-cahaya lampunya dan kemeriahan budaya masyarakat cina.  Waktu siang pun memang tip top sangat nak bergambar. Kalau nak shopping barangan cina, ini lah tempatnya!

Foto:Wikipedia

Kampung Gajah

Atau Kenyir Elephant Conservation Village dimana sebuah tempat yang korang boleh pergi balik hari. Tempat ni beri peluang untuk korang berinteraksi dengan gajah tau! Tak nak bercerita panjang, yang ni sis experience sendiri.

Pasar Payang

KAKI SHOPPING! sis got you covered! Ha ni tempat memang sesuai sangat kalau korang nak mencari cenderahati ke, baju, ke ,kain ke, makanan Terengganu sekalipun korang boleh dapatkan di sini.

Foto:sumaihotel.com

Pantai Batu Buruk

Pantai ini memang terkenal dengan kemeriahan aktivitinya tanpa mengira siang atau malam. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti aktiviti menaik kuda, bermain layang-layang, bermain buaian dan macam-macam lagi. Jangan risau, makanan pun meriah juga!

Foto:commons.wikimedia.org

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my