Serious?!

Rancangan game show yang paling pelik di Jepun

Oleh  | 

BILA sembang pasal game ni mesti ramai yang sukakannya tanpa mengira umur? Tak kisah lah susah atau senang sesuatu game itu.

Walaupun ada yang cakap tak suka main game, namun mesti ada jugak aplikasi game dalam telefon tu untuk di layan kalau bosan mengunjung tiba.

Manusia ni sebenarnya bukan hanya suka bermain game, tengok rancangan yang berkonsepkan game show pun suka juga! Lagi-lagi di negara Jepun yang sangat popular dengan rancangan game show yang pelik-pelik ni.

Ini sis nak kongsi antara rancangan game show yang paling pelik yang disirakan dikaca televisyen di Jepun.

Gaki No Tsukai

Rancangan game show ini melibatkan beberapa selebriti dari negara itu sendiri dimana mereka harus mematuhi setiap peraturan yang diberikan dan mereka tidak dibenarkan untuk ketawa!

Hukuman akan dikenakan sekiranya mereka ketawa adalah punggung mereka akan dipukul dengan kuat. Peraturan yang harus dipatuhi adalah perkara yang pasti membuatkan mereka tidak mampu menahan ketawa!

The Bum Game

Game show ini hanya dimainkan di Jepun dan ia sangatlah pelik dimana mereka seolah-olah harus meneka punggung wanita dengan hanya melihatnya. Para wanita itu akan menunjukkan bahagian itu ditempat yang telah disediakan.

Game ini sis macam tak boleh nak terima lah. Sis pelik adakah pencipta permainan ni ketandusan idea? Korang boleh cari di YouTube okay. Seram sis nak belanja video di sini.

AKBingo!

Game ini merupakan permainan yang sis rasa paling menggelikan! Perserta yang kalah dalam game Dodgeball, haurs menjalani satu hukuman yang sangat menggelikan!

Apakah hukuman yang menggelikan itu? Hukumannya mereka harus berlawan meniup cengkerik yang besar yang diletakkan dalam satu tiup lutsinar. Dua penghujung tiub lutsinar itu dimana peserta harus meletakkan di mulut mereka.

Kalau lipas pun sis geli apatah lagi cengkerik!

Predator box

Ha game ini melibatkan keberanian diri sebenarnya. Kalau korang yang hati kering tu nak cuba, silakan! Game ni melibatkan peserta untuk duduk dalam sebuah kotak yang kalis pecah dan lutsinar.

Pendek kata kotak tu memang kuat lah tapi lutsinar. Setelah peserta berada di dalam kotak tu, haiwan ganas dan buas dilepaskan dan peserta harus merakam reaksi aksi tersebut!

Sis harap korang terhibur dengan artikel ni. Kalaukorang kalau bosan-bosan tu boleh la layan.

Mana tahu ada penerbit ketandusan idea untuk buat rancangan game show, boleh la tengok dan jadikan sebagai rujukan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my