D-Life

Rasa nak tumbuk muka orang? Menurut pakar…

Oleh  | 

SESIAPA yang pernah bekerja mesti pernah mengalami suasana tegang apabila korang tak sebulu dengan bos korang. Ada sahaja benda yang tak kena dan korang tak puas hati. Kalau nak mengamuk lebih-lebih karang, dia juga yang bayar gaji kita. Jadi, telan je lah dalam hati, kan?

via GIPHY

Kadang-kadang tu ada juga fikiran jahat dan liar seperti nak pancitkan tayar kereta dia atau pukul dia, mesti korang puas! Kalau dah geram sangat memang macam tu lah jadinya. Tapi jangan risau. Sebab menurut ahli psikologi jenayah Dr Julisa Shaw menyatakan bahawa perasaan itu sebenarnya sangat normal dan memberi manfaat.

Ha? Manfaat? Biar betul!

Kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dari University College London mendedahkan lebih dari separuh orang pernah membayangkan dapat menyakiti seseorang yang mereka kenali.

via GIPHY

Dalam kajian itu juga mendedahkan bos selalu menjadi ‘subjek fantasi’ paling favourite di tempat kerja. Tapi selepas berfikir untuk melakukan kekerasan, mereka selalunya tidak akan meneruskan hasrat itu kerana ia tidak semudah yang difikirkan. Ada banyak sebab dan akibat buruk yang akan berlaku selepas itu.

Menurut Dr Shaw lagi, fantasi memukul dan melakukan kekerasan kepada orang lebih-lebih lagi bos adalah sebahagian daripada proses melahirkan perasaan empati.

via GIPHY

Di sisi yang lain, beberapa ahli psikologi juga pernah kata jika seseorang itu berfantasi tentang kekerasan, ia menunjukkan seseorang itu lebih maju.

Tapi ingat tau, korang hanya boleh membayangkan sahaja kerana ia benda yang normal kalau kita tengah marah dan geram. Penting untuk kita kembali mengawal kemarahan dan berfikir lebih relevan. Jangan biarkan kemarahan kita disalurkan kepada perkara yang buruk dan mencederakan orang lain.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my