Serious?!

Recap 2019! Ini 5 filem paling banyak dicari menerusi Google

Oleh  | 

TIDAK hanya lagu, banyak juga filem-filem bermacam genre menjengah ke pawagam tahun ini. Daripada cerita fantasi, aksi, drama, triller, sehinggalah animasi semuanya menunjukkan sisi yang menakjubkan. Mungkin korang pernah mengalami keadaan di mana tak tahu nak tengok filem mana satu dulu sebab semua filem macam best.

Jadi, dalam recap kali ini. Sis nak tunjukkan dekat korang apakah top 5 filem yang paling banyak dicari menerusi carian Google sepanjang tahun ini. Jom!

Joker

Gila trending filem ini di laman sosial waktu ia ditayangkan pada 3 Oktober. Mana tidaknya, kalau korang suka tengok filem Batman, mesti korang kenal betul Joker. Berlatarkan era 80-an, filem ini benar-benar  buatkan Arthur Fleck sebagai watak antagonis yang paling popular yang ‘hidup’. Tak mustahil kalau filem ini b0leh menang Golden Lion Award dan Venice Film Festival.

Captain Marvel

Kemunculan filem Marvel Studio ini nampaknya membuatkan ramai peminat ternanti-nanti. Mana tidaknya, baru sahaja ditayangkan, filem itu sudah mencatat kejayaan sehingga RM1.86 billion seluruh dunis sejak ditayangkan. Captain Marvel pun buat korang semua seperti melawat ke zaman 90-an dan macam mana masyarakat pada zaman itu hidup.

Avengers Endgame

Inilah filem aksi, sains fiksyen yang paling menyerlah sejak ia ditayangkan bermula 24 April. Mana taknya, ini ialah naskah penutup untuk dekat pertama Marvel Studios. Tiga jam ditayangkan, korang mesti tak akan berganjak. Nak lagi kalau korang mengikuti filem ini sejak Avemgers: Infinity War.

Alita Battle Angel

Kita beralih pula di tangga keempat ialah filem sains fiksyen Alita! Sebenanrnya file gadis bermata besar ini sebenarnya diambil dari satu siri manga iaitu Gunm yang ditulis oleh Yukito Kishiro. Ceritanya tentang macam mana seorang robot boleh hidup dalam dunia manusia di sebuah bandar bernama Zalem.

Shazam

Filem yang sangat sesuai nak layan dengan semua lapisan umur. Tentang budak umur 14 tahun yang tiba-tiba ada kuasa superhero. Kalau dengar nama ‘Shazam’ pun memang sangat berlainan dengan nama hero yang lain. Ada lawak, aksi dan drama dalam filem ini.

Jadi, lepas dah tengok semua senarai ini. Ada tak di antara senarai ini yang korang dah tengok?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my