D-Life

Relaks! Ini cara psikologi untuk korang yang kurang keyakinan diri

Oleh  | 

KORANG pernah terfikir tak sekiranya korang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, peluang untuk mempunyai pekerjaan dan kehidupan idaman semakin tinggi? Haa, semuanya terletak pada diri kita tau. Memang semua orang tidak dilahirkan untuk mempunyai keyakinan yang tinggi. Tapi kita boleh develop sifat ini dalam diri kita kan? Take it or leave it! 

Keyakinan diri merupakan salah satu perkara penting yang perlu kita ada dalam diri kita. Sebab tu kali ini Dhia nak share dekat korang beberapa cara psikologi untuk korang yang low self confident tu. Mana tahu berguna dekat korang kan?

Belajar menerima pujian

Semua orang mempunyai cara yang berbeza apabila menerima pujian. Ada yang akan rasa malu apabila dipuji dan menafikan perkara tersebut kerana tidak berasa yakin terhadap diri mereka. Sebenarnya salah cara korang react terhadap pujian tau. Dalam pada masa yang sama, apabila kita cuba nafikan pujian yang diberikan, kita seolah menolak pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Cara terbaik untuk react dengan pujian orang adalah dengan mengucapkan terima kasih. Percayalah, korang mesti ada something yang attractive sehingga orang boleh beri pujian. Yakin!

Jaga eye contact sewaktu berbual

Tahu tak sebenarnya kita boleh kesan mood dan emosi seseorang menerusi mata mereka? Seorang bayi akan melihat mata kedua ibu bapanya untuk memahami emosi mereka bermula pada usia 9 bulan dan seorang penipu biasanya akan mengalihkan pandangan matanya ke arah lain untuk menyembunyikan penipuan mereka. Bila seseorang tidak memandang mata kita apabila berbual, itu bermakna mereka tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Sebenarnya berbual dengan someone dengan memandang mata mereka boleh menunjukkan kita seorang yang boleh dipercayai dan bercakap benar.

Jangan menunduk ketika berjalan di hadapan orang ramai

Keyakinan diri seseorang boleh dinilai menerusi cara berjalan juga tau. Kebanyakan orang yang pemalu akan menunduk apabila berjalan di hadapan orang ramai kerana mereka tidak berasa yakin dengan diri mereka. Kajian menunjukkan gerak tubuh yang dilakukan orang yang tidak yakin dengan diri mereka boleh menyebabkan mereka mengalami stress. Ye lah, banyak sangat fikir apa orang cakap mana tak stress kan? Lepas ni chin up dan berjalan dengan yakin tanpa perlu fikir pandangan orang terhadap kita. You can do it! 

Bercakap dengan strangers

Sekali sekala apa kata korang cuba pergi ke sebuah event di mana korang tidak mengenali sesiapa pun di sana. Mulakan perbualan dengan strangers dengan penuh yakin. Dari situlah korang boleh belajar bercakap dengan penuh yakin tanpa memperdulikan tanggapan orang lain terhadap kita. Awal-awal memang akan rasa janggal tapi tenang saja girls. Korang tak perlu untuk jadi someone yang menyerlah pun. Cukuplah korang boleh bina keyakinan diri dengan cara seperti ini. Jangan berat mulut untuk berbual dengan cashier ataupun waiter di cafe ye.

Rajinkan diri memberi bantuan

Setiap orang suka untuk merasa penting dan bernilai di mata orang lain. Semua orang memerlukan someone untuk bergantung kerana tidak semua perkara kita boleh lakukan secara bersendirian. Di samping menjadi orang yang menerima bantuan, tidak salah sekali sekala korang memberi bantuan kepada orang lain pula. Menurut psikologi, memberi bantuan kepada orang lain boleh menjadikan diri kita rasa dihargai sekali gus membantu kita untuk tidak berasa insecure dan kesunyian.

Jangan buang masa di social media! 

Stop buang masa di media sosial girls! Perkara yang paling selalu kita lakukan di media sosial adalah melihat foto-foto orang lain dan membandingkan kehidupan kita dengan mereka. Tahu tak perbuatan ini boleh merosakkan keyakinan diri kita sendiri? Mana ada orang yang akan tunjuk keburukan mereka di media sosial so korang dah boleh stop rasa insecure dengan kehidupan orang lain. Take a break dan lari kejap daripada kehidupan di media sosial. Cara terbaik menurut psikologi adalah korang perlu unfollow mereka yang gemar ‘menayang’ kehidupan peribadi mereka secara kerap dan berehat seketika daripada lama sosial okay? 

Ini adalah beberapa cara psikologi terbaik yang Dhia suggest untuk korang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Jangan biarkan thought kita menjadi penghalang untuk kita jadi apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita. So, apa cara korang pula untuk tingkatkan keyakinan diri?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my