D-Life

Relaks lah! Semua orang pun akan merasa jadi #teamrayaKL

Oleh  | 

HMM… mengeluh panjang bila cuti raya dah habis. Siapa je yang tak pernah rasa yang masa ni berlalu dengan pantas kalau time cuti even weekend tapi kalau masa berkerja tu mak aihh, slow atau kadang rasa tak bergerak langsung.

Bukan nak kata tak sukakan kerja tapi mungkin mood raya tu belum habis lagi. Ye lah, rayakan sebulan. Mana cukup kalau raya kelima semua pakat pulang semula ke ‘sarang’. Sedar atau tidak sebenarnya minggu kedua korang dah jadi #teamrayaKL ataupun #teamrayabandar. Masing-masing dah start kerja. Sis pun sama. Padan muka!

Dah nama pun kerja dekat bandar, mesti korang ada teman sekerja yang memang tinggal dekat bandar sekali gus sambut raya dekat situ. Bila sembang dengan diorang ni, sebenarnya okay je beraya dekat bandar. Fun katanya. Daripada buang masa jealous dengan kawan-kawan yang cuti lama dekat kampung tu, ada baiknya korang selami gaya raya orang bandar sis!

Open house

Masa ni memang sesuailah kalau korang nak datang beraya rumah kawan-kawan. Ramai yang akan buat open house pada raya ketujuh ke atas. Mula-mula datang berdua ke rumah kawan, lepas tu angkut lagi seorang jadilah tiga orang, Makin banyak rumah korang pergi makin banyak ahli lah pergi open house yang seterus dan seterusnya.

Ootd berlatarkan KL

Hello sis, sebenarnya korang beruntung tau. Ye lah, lepas seminggu ootd berlatarkan rumah klasik, kehijauan yang nyaman dan menyegarkan atau di dalam rumah yang full house gituu. Kali ni korang berpeluang kumpul ootd berlatarkan bangunan-bangunan tinggi seperti KLCC. Memang onz lah gambar korang nanti. Mana taknya, merasa beraya di kampung, merasa juga raya di bandar. Syukur ye sis!

Tengok wayang

Bila dah banyak sangat open house yang korang pergi. At the end, korang akan ajak kawan dekat rumah terakhir tu untuk lepak. Tak mungkinlah lepak mamak bila perut dah kenyang. Mesti korang nak lepak rehatkan perut korang pula. Ha! Masa nilah tengok wayang akan menjadi pilihan utama korang. Tengok wayang ramai-ramai sambil pakai baju raya memang seronok. Teringat masa zaman sekolah.

Short getaway

Ini lagi satu benda yang korang boleh buat masa weekend. Kalau nak diikutkan ramai yang akan pulang semula ke kampung dalam tempoh beraya ni. Ada yang menghala ke Perak, ada yang menghala ke Penang atau Pahang. Kalau tak balik kampung pun, pergi short getaway dengan geng-geng KL lah tu. Pada sis, inilah peluang dengan kawan-kawan nak pergi naik Genting. Belum berkesempatan lagi nak try Skytropolis Indoor Theme Park. Nak tidur semalam boleh, nak balik hari pun boleh. Dekat je!

Apapun, jangan sedih sangat cuti raya dah habis. Raya mana-mana pun sama je asalkan selagi korang ada keluarga dan kawan-kawan yang korang selesa, maka raya pun dipenuhi dengan kegembiraan. So raya dekat bandar atau dekat KL ini bukanlah tak seronok seperti yang disangkakan. Banyak lagi benda yang korang boleh nikmati sebenarnya. Pergi konsert artis tempatan atau luar negara pun boleh tau. Dengar-dengar ada artis kpop nak datang buat 1st World Tour. Ehem, ehemm…

Selamat Hari Raya!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my