Serious?!

Relax je sambung baca Quran sambil main PUBG, netizen terus nak masuk meminang!

Oleh  | 

SIAPA yang tak nak bakal suami yang baik budi bahasa, muka kacak dan baik agamanya betul tak? Baru-baru ini kecoh di laman Twitter video yang dimuat naik menerusi akaun @Fathyakan yang saja menyakat adiknya yang sedang bermain PUBG.

Video berdurasi kurang seminit itu menunjukkan abangnya tiba-tiba tasmik hafalan Quran adiknya yang baru berumur 16 tahun. Sambil main game, adiknya selamba menyambung ayat Quran tersebut sehingga habis dan memang sangat lancar.

Menurut abang, adiknya mula menghafaz Quran sejak umur 14 tahun dan dia yang paling laju menghafal ayat suci Al Quran dibandingkan dengan adik-beradik yang lain.  Dalam tweet berkenaan, dia turut berkongsi beberapa tips untuk meningati mukjizat Allah itu.

Namun, apa yang lebih lucu ialah respon yang diberikan netizen mengenai video tersebut. Ada yang siap nak datang meminang!

Calon imam yang baik pun betul juga ni!

Apapun, usaha nak mengahafal ayat Quran ini memang bukan mudah. Sis tabik mereka yang daripada kecil sudah dididik untuk mendekati Al Quran. Ada juga modal untuk dipersembahkan di hadapan Allah apabila sudah tiada nanti.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my