D-Life

Resepi mudah nak buat Banana Pudding sempena tahun baru!

Oleh  | 

SIAPA yang dah buat perancangan nak ajak kawan-kawan datang lepak dekat rumah sempena tahun baru? Sebagai tuan rumah, kita mestilah nak hidangkan makanan yang sedap-sedap siap dengan pencuci mulut sekali. Ia akan menjadi istimewa jika kita menyajikan menu hasil daripada air tangan kita sendiri. Betul tak?

Sama juga dengan resepi yang sis kongsikan sebelum ini. Sis akan tunjukkan macam mana nak hasilkan masakan yang mudah dan simple tetapi sedap. Jadi hari ini, jom kita tengok resepi puding pisang ala-ala Magnolia Bakery dekat New York. Gitu!

via GIPHY

Bahan-bahan

250 gram gula pasir

50 gram tepung gandum

30 gram tepung jagung

1.5 liter susu cair

4 biji telur

60 gram mentega dicairkan

2 sudu perisa vanila

4 keping biskut

8 biji pisang dipotong

Cara nak buat

Campurkan gula, tepung,  ke dalam bekas dan pukul sampai rata.

Ambil satu bekas yang lain, didihkan susu kemudian biarkan dia sejuk sekejap.

Masukkan 1/4 susu ke dalam mangkuk yang berisi telur dan pukul sehingga rata. Lepas itu, korang campur dengan bahan tepung kering tadi. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Tuangkan adunan dan masukkan pisang.

Kalau bahan dah siap diletakkan dalam satu bekas. Panaskan di atas api sederhana sampil korang gaul perlahan. Kalau dah rasa semakin masak, korang boleh angkat adunan dari dapur.

Masukkan mentega dan vanila dan gaul kembali. Lepas tu pindahkan ke dalam satu bekas lain siap dengan krim di atasnya dengan biskut yang korang dah hancurkan.

Tada, dah siap! Simple, kan selamat mencuba

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my