D-Life

Resepi nak buat roti rangup, lembut ala-ala Rotiboy!

Oleh  | 

SELALUNYA selepas waktu lunch, kitorang akan beli roti dekat kedai Rotiboy tu tau untuk makan di sebelah petang. Biasalah kalau dah namanya duduk dekat office, perut pun memang asyik lapar. Mana taknya, semua orang suka kunyak kerak rangup roti itu diluar dan mentega yang cair di sebelah dalam.

Ha, lepas ini kita semua dah tak payah susah-susah nak beli. Sebabnya, hari ini sis nak kongsikan respei macam mana nak buat roti yang ala-ala sama macam dekat kedai. Yea!

via GIPHY

Bahan-bahan

500 gram tepung protein tinggi

200 gram tepung serbaguna

200 ml air panas

150 gram gula pasir

100 gram mentega

4 biji putih telur

2 sudu makan ragi

2 sudu makan serbuk susu

1 sudu teh garam

20 gram mentega

Macam mana nak buat?

Masukkan semua tepung, gula pasir, susu, dekat dalam mangkuk. Lepas tu korang campurkan kesemua bahan tadi sampai rata.

Letakkan telur dan air dan uli lagi sampai sebati

masukkan garam dan mentega ke dalam adunan sebelum sambung uli. Lepas itu, biarkan selama setengah jam.

Buatkan bentuk bulat dan isilah mentega dalam adunan. Panaskan oven sehingga 180 darjah celcius. Kalau dah nampak roti korang mengembang dan coklat. Sila angkat dan sajikan.

via GIPHY

Ha, senang kan? Lepas ini kalau kawan-kawan datang rumah. Korang tahulah nak bagi makan apa.

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my