D-Life

Resepi paling mudah nak buat sos caramel sumpah buat meleleh!

Oleh  | 

KALAU korang pencinta manisan, mesti korang dah tau yang sos karamel ini memang selalu menjadi pilihan sebab manis dan tekstur yang kental. Sangat kena kalau dicurah atas kek atau makan dengan churos.

Sebenarnya, tak susah mana pun nak buat karamel ini. Dekat rumah pun korang boleh buat. Bahan-bahan pun simlple je. Jadi hari ini jom kita buat sama-sama sos karamel kesukaan ramai ini.

Bahan-bahan

1 cawan gula pasir

1 cawan susu full cream

Air

Cara nak buat

Tuang gula ke dalam kuali

Tambah satu cawan air. Biarkan api sedang supaya gula dapat mencair.

Tambah susu cair full cream supaya lebih creamy. Kemudian gaul perlahan-lahan.

Nanti  warnanya akan bertukar menjadi coklat. Lepas itu bolehlah korang makan karamel itu dengan makanan korang. Sangat menyelerakan.

Mudah bukan? Jangan lupa untuk cuba!

 

Sumber: IDN Times

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my