Serious?!

Resit ATM boleh menyebabkan kanser? Huish, biar betul!

Oleh  | 

SETIAP kali melakukan transaksi di mesin pengeluaran wang atau nama lainnya mesin ATM, kita pasti akan menerima resit selepas itu. Sesetengah orang memilih untuk membuang resit tersebut. Namun ada sesetengah orang memilih untuk menyimpan resit transaksi mereka lebih-lebih lagi kaum wanita. Lepas korang tahu perkara ni, mesti korang akan terkejut. Rupa-rupanya resit ATM boleh menyebabkan kanser tau!

Ramai yang tidak tahu sebenarnya kertas ATM berbeza dengan dengan kertas biasa. Kertas yang digelar kertas thermal ini mengandungi zat kimia beracun seperti BPA dan BPS yang boleh membahayakan tubuh badan kita sekali gus boleh mengakibatkan kanser.

Kalau tak tahu BPA atau BPS tu apa. Haa meh sini sis nak bagitahu! BPA merupakan singkatan kepada Bisfenol-A manakala BPS pula merupakan singkatan kepada Bisfenol-S. Kedua-dua ini merupakan campuran bahan kimia yang terdapat dalam sesuatu bahan. Selain resit ATM, beberapa tiket lain seperti tiket wayang dan tiket kapal terbang juga merupakan sejenis kertas thermal.

Kalau korang nak tahu, perkataan thermal juga membawa maksud panas dan ketika resit dicetak, mesin akan menggunakan suhu yang panas untuk mencetak tulisan kepada kertas tersebut. Sebenarnya, selain daripada penyakit kanser, kertas thermal yang mengandungi BPA dan BPS ini juga boleh mengakibatkan penyakit lain seperti diabetes, obesiti, kanser payudara dan kanser prostat.

Jika korang meronyokkan kertas ini sebelum dibuangpun boleh dikuatiri bahan kimianya boleh melekat pada tangan kita seterusnya ke mulut dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit yang sis nyatakan di atas.

So lepas ni, sis sarankan korang buang jelah resit-resit yang ada dalam handbag korang tu. Bahaya tau kalau simpan lama-lama. Pastikan korang cuci tangan korang bila korang pegang resit okay. Sis pun seram bila dengan resit pun boleh mengakibatkan kanser. Beware okay! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my