Serious?!

Review Dendam Pontianak: Fazura atau Maya Karin?

Oleh  | 

BILA sis dapat tahu yang Fazura adalah watak utama yang menyandang watak pontianak, sis terus terbeliak mata memikirkan bagaimana pelakon secantik itu akan kelihatan begitu menyeramkan di dalam filem terbaharu ini. Primeworks Studio sekali lagi hadir mempertaruhkan filem terbaharu bergenre seram bertajuk Dendam Pontianak.

Pontianak, ialah kisah lagenda mitos yang menyeramkan dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara. Kisahnya adalah tentang bagaimana seorang perempuan yang sedang sarat mengandung dibunuh oleh seorang lelaki. Ia kemudian ‘kembali’ membalas dendam.

Kita sendiri pernah menampilkan beberapa drama dan filem mengenai pontianak sebelum ini. Lalu apabila ia kembali disebut menjadi tajuk filem pada masa kini, sudah tentu kita bakal meletakkan harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap filem seram bermitoskan pontianak.

Hasil gabungan pengarah Singapura Glen Goie dan Gavin Yap telah menjadikan Dendam Pontianak begitu mudah untuk difahami. Jalan ceritanya tidaklah berbelit. Ia sangat jelas menceritakan bagaimana sepasang kekasih saling bertelagah dan berbunuhan hanya kerana tidak mahu zuriat yang lahir kerana kerakusan nafsu wujud menconteng malu ke muka mereka.

Jika mahu ditanya secara jujur, Dendam Pontianak lakonan Fazura memberikan sedikit kelainan dalam jalan ceritanya. Terutama bagaimana seorang perempuan akan kembali memperjuangkan apa yang menjadi miliknya. Ia agak bertentangan dengan filem pontianak sebelum ini yang menceritakan bagaimana perempuan mati tersiksa dan menjadi pontianak. Walaupun sudah kembali sebagai pontianak, hidup perempuan itu pun tetap menyedihkan. Tapi situasi itu berlainan dalam filem Dendam Pontianak. Bahkan penutup filem ini juga agak mengejutkan dan lain daripada yang lain.

Jika sebelum ini pontianak dikaitkan dengan perempuan berpakaian putih. Nah! Kali ini Fazura mengubah persepsi itu apabila menjadi pontianak yang cantik dan berpakaian merah. Bukan itu sahaja, sis juga harus memuji lagu tema untuk filem ini yang sangat menghidupkan suasana. Tahniah Tokti!

Kepada sesiapa yang nak tengok filem ini, boleh layan trailer dulu dekat sini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my