Inspirasi Dhia

‘Review’ filem Rocketman : Realiti dunia popular yang sunyi

Oleh  | 

KALAU dilihat trend filem terkini, banyak cerita bertemakan biografi perjalanan artis mula menerjah panggung wayang. Mungkin ia disebabkan penangan Bohemian Rhapsody yang mendapat sambutan sehingga memenangi beberapa anugerah berprestij dunia.

Kali ini Studio Paramount Pictures membawakan filem terbaharu bertajuk Rocketman menceritakan perjalanan penyanyi lagenda terkenal Elton John. Taron Egerton bertanggungjawab untuk membawa watak penting ini meninggalkan karakter tegas dan elegan bersarung sut mahal di dalam filem Kingsman lakonannya sebelum ini.

Cerita ini bermula apabila Elton John atau nama sebenarnya Reginald Dwight tidak mempunyai zaman kecil yang begitu membahagiakan. Kehadirannya seringkali dianggap beban dan tidak dingini oleh kedua orang tuanya. Dia tidak pernah dipeluk oleh ayahnya sejak kecil. Ibunya selalu memarahinya. Elton kesunyian dan muziklah satu-satunya sahabat yang dia ada.

Oleh sebab terlalu genius bermain piano, Elton kemudian mendapat biasiswa yang membolehkannya belajar di Royal Academy of Music. Namun, Elton masih lagi seorang pemalu. Kisah hidupnya semakin menarik apabila bertemu Bernie Taupin, sahabat baik yang menuliskan lirik untuknya. Lagu yang direka oleh mereka berdua telah mendapat sambutan yang hangat.

Elton sedar bahawa dia telah jatuh cinta kepada Bernie. Tapi cintanya ditolak.

“I love you, but not in that way,” katanya ringkas membuatkan Elton terdiam. Dia kemudian harus menyimpan perasaannya sendiri apabila Bernie telah mempunyai kekasih dan lebih bahagia.

Kesunyian telah menjadikan Elton lebih  akrab dengan muziknya sendiri. Ketika beraksi di atas pentas dia berubah menjadi seseorang lain. Persembahannya bertenaga dan muziknya sangat baru. Namanya kemudian menjadi sebutan sehingga menarik perhatian pengurus muzik kacak bernama John Reid.

Elton meninggalkan syarikat rakaman lamanya untuk bersama dengan syarikat John Rein. Dia menyangka John ikhlas mencintainya. Namun ternyata dia hanya dipergunakan. Elton menjadi bertambah sunyi dan tidak bahagia. Di saat itulah dia mula menjadi alcoholic, terjebak dadah kerana berharap ia boleh merawat kesunyian.

Elton hilang harapan dan pernah cuba bunuh diri. Emosinya bercelaru dan hidupnya tidak tenteram. Dia  kehilangan perasaan untuk mempercayai sesiapa. Perkahwinan yang dibinanya juga tak lama kerana dia menyedari nalurinya tidak boleh mencintai perempuan.

Di sebalik sorak-sorai peminat dan album yang selalu mencatatkan rekod tertinggi dalam pasaran. Ada seseorang lelaki yang selalu menangis setiap malam mengenangkan nasib dirinya yang dari kecil tidak pernah menerima cinta dan kasih sayang dari sesiapa.

Kalau korang nak tahu apa yang terjadi kepada Elton dabn seteruk apakah perjalanan yang dilaluinya. Boleh pi pawagam sekarang. Ia cerita yang sesuai sangat ditonton terutama kepada peminat muzik dan filem muzikal. Sebelum itu. Meh sis belanja trailer dulu. Bye!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my